Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

07 April 2011

KEINDAHAN TALAQI


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Ketahuilah Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan. Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia,maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia,maka perjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia akan merasakan kerugian. Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

"Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut."

Dan jikalau niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah,bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.

(Petikan Muqadimah Kitab Bidayatul Hidayah, Al imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.)


Mengapa ana mengambil petikan muqadimah Kitab Bidayatul Hidayah ini adalah kerana kata-kata Imam Al-Ghazali sangat menyentuh hati yang membacanya. Moga sahabat-sahabt dapat memiliki buku ini kerana isinya sangat bermanfaat. Setiap kata yang ditulis sangat dekat dengan hati para pembaca.

Semoga Allah mencucuri beliau dengan rahmat yang luas dan semoga Allah memberi keberkatan kepada kita dengan ilmu yang beliau tinggalkan.

Muqadimah buku ini telah menarik hati ana untuk ana kongsikan bagaimana hati-hati orang yang sangat cintakan ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah dan menambah rasa kasih pada Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, melalui pengajian ana di CFS IIUM Petaling Jaya, ana dapat merasai suasana bertalaqi yang cukup indah. Tidak dapat dizahirkan perasaan keindahan bertalaqi ini. Subhanallah... Alhamdulillah, guru kami yang amat kami hormati Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Semoga Allah memberi keberkatan dunia dan akhirat kepada Ustaz. Allahumma amin...

Alhamdulillah,setelah selesai Talaqi Syeikhuna yang amat dikasihi, Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll hari ini, ana ingin kongsikan sesuatu yang moga bermanfaat buat sahabat-sahabat yang amat ana kasihi.

Muqadimah Kitab Bidayatul Hidayah ini menceritakan bagaimana seseorang yang menuntut ilmu. Jika niatnya untuk kebaiakn, maka beruntunglah dia, tetapi jika untuk menunjuk-nunjuk,maka rugilah dia.

Alhamdulillah, pengajian talaqi yang bermula dari CFS memberi semangat kepada ahli pengajian untuk menuntut ilmu secara bertalaqi walaupun sudah berada di maincampus. Subhanallah, terlalu indah dikurniakan sahabat-sahabat yang amat mencintai ilmu. Ana kagum melihat sahabt-sahabt yang terus berusaha sedaya upaya untuk menghadiri majlis Talaqi walaupun berbagai rintangan yang hadir. Mereka akan melapangkan hari yang ada pengajian untuk dapat hadir ke majlis ilmu walaupun perlu menghadap rintangan.

Buat sahabat-sahabtku di kuantan, Ustaz pesan sebentar tadi. "Dalam membuat kebaikan pasti akan ada rintangan yang hadir, sesiapa yang berjaya mengharungi rintangan itu, bergembiralah dia."

Sahabat-sahabtku, teruskan usahamu untuk mewajibkan diri menghadiri talaqi walaupun terpaksa drive sendiri, terpaksa berkorban duit untuk transport, terpaksa berkorban hujung minggu untuk menuntut ilmu. Yakinlah Allah akan memberi ganjaran kepada antum.

Buat diri dan adik2 yang masih berada di PJ, hargailah nikmat yang Allah bagi tanpa perlu bersusah payah untuk keluar mencari. Sediakan hati untuk menerima dan mengamalkan. InsyaALlah

Moga kita istiqamah menghadiri talaqi. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Photobucket