Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

29 July 2010

PERMATA HATI..





Islam meletakkan amanah yang besar untuk mendidik anak-anak. Anak-anak yang diibartakan sebagai harta perlu dijaga sebaik mungkin. Jika dijaga dan dipelihara dengan baik, harta itu akan menjadi ”hiasan hidup” yang berharga, jika salah didikan akan pula menjadi ”musuh orang tuanya” (QS 64:14) dan “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia… (Al-Kahfi: 46).

Islam memandang dunia kanak-kanak penuh dengan keindahan dan mempesonakan. Agar keindahan dan keterpesonaan itu tidak menyebabkan kanak-kanak leka dan membesar dalam suasana tanpa memahami adab, Islam mengamanahkan ibu bapa agar memberikan perhatian, panduan dan bimbingan. Jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak diselubungi keterpesonaan melampau, kanak-kanak membesar dalam suasana yang timpang dan berbahaya. Kanak-kanak akan mengambil tindakan berdasarkan rasa dan gerak naluri semata-mata. Akan menyebabkan terjerumus ke lembah bahaya dan penuh kepura-puraan.



Rasulullah s.a.w menganjurkan agar kita menghormati anak-anak dengan memberi didikan dengan sebaik mungkin. Allah s.w.t menberi rahmat kepada seseorang yang menbantu anaknya sehingga anak itu dapat berbakti kepadanya. Ada seorang sahabat bertanya; ”Bagaimana cara menbantunya? Jawab Baginda, ”Menerima segala usahanya walaupun kecil,memaafkan kesilapannya, tidak membebaninya dengan beban yang berat, dan tidak pula memaki sehingga melukai hatinya.”
Kita sering mendengar ibu bapa mengeluh tentang anak-anak yang nakal, degil dan tidak “mendengar kata. Sehingga keluar kata-kata seperti “memang dasar anak degil”, “anak syaitan” atau lain-lain perkataan yang tidak baik daripada mulut ibu bapa sendiri. Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa kedegilan anak-anak itu adalah berpunca daripada salah asuhan mereka sendiri.

Prof Dr. Hamka menjelaskan cara terbaik mendidik anak ialah: ”Hendaklah perjalanan hidupmu dengan anak-anakmu lurus dan pertengahan.Hendaklah kamu menjadi kaca yang jernih dan bercahaya untuk ditilik oleh anak-anakmu,Jauhkan dirimu daripada perbuatan tercela.”

Anak-anak mudah meniru. Orang tuanya merupakan idolanya. Apabila melihat kebiasaan baik daripada kedua-dua orang tuanya, kanak-kanak dengan cepat mahu mencontohinya. Dunia anak adalah dunia permainan. Dengan bermain dan berhubung dengan mereka secara tidak langsung kita juga mendidiknya. Justeru itu Rasulullah s.a.w menekankan pentingnya bermain bersama anak. Sabda baginda yang bermaksud: ”Siapa yang mengembirakan hati anaknya, maka ia bagaikan memerdekakan hambanya. Siapa yang bergurau untuk menyenangkan hatinya, maka ia bagaikan menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.”


“…Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati.” (Al-Furqan: 74)
Photobucket