Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

24 June 2010

AL-QURAN, PENGUBAT KERINDUANKU...



"Abah, terima kasih kerana memperkenalkan Al-Quran buat anakmu"

Hanya ungkapan ini yang amat berharga yang dapat ana ucapkan kepada abah yang amat ana cintai. Tanpa sedar,abah mendidikku agar menjadikan Al-Quran sebagai teman setiaku dikala ana jauh dari keluarga.
Mak,kak na, masih ingat lagi saat kita berlumba2 untuk menghafal surah Al-Mulk pada suatu Ramadan dahulu? Terasa amat indah sekali apabila abah meminta kami untuk menghafal surah Al-Mulk. Kami berlumba2 menghafalnya sehingga habis Ramadan.
Pada cuti baru2 ini, ana seronok melihat abah dan mak berlumba2 membaca Al-Quran,Abah membetulkan bacaan mak dan abbah akan mentafsir ayat yang dibaca.
Hebatkan abah.. Cara yang paling bagus mendidik ahli keluarga untuk dekat dengan Al-Quran.
Ana sangat cemburu pada abahku yang sentiasa mendalami Al-Quran walaupun usianya semakin lanjut.
Abah sentiasa berpesan agar bacalah Al-Quran sehingga diri rasa seronok untuk membacanya lagi dan lagi..

Amatku rindui bacaan Al-Quran Abah bersama mak.



"Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil".
(Al Baqarah : 67)


Al-Quran sering kali di anak tirikan oleh umat islam. Mereka hanya memandang enteng akan kepentingan al-Quran. Al-Quran hanya sekadar hiasan di setiap penjuru rumah.

Kamus bergambar bertukar tangan, tanda penghargaan daripada si bapa sempena lulusnya anak di medan peperiksaan. Kalaulah kamus comel itu digantikan dengan al-Quran yang terjamin akan kesuciannya, sudah tentu mendapat keberkatan daripada Ilahi.

Tapi masa sekarang sudah berubah!. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang maghrib, bagaikan menutup tirai senja.

Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya.

Namun kini, cerita semalam hanya tinggal kenangan. Parut dan luka lama menjadi sejarah dalam kamus hidupku.

“Tahun ni Amirul UPSR lah Kak Nah, jadi berhenti sekejap mengaji dan kelas fardhu ain. Senang sikit. Boleh beri tumpuan pada UPSR. Maklumlah, tahun depan katanya nak ke MRSM.”

Sedih bukan! Apabila dunia menjadi keutamaan, akhirat dilengah-lengahkan. Semakin kita mengejar kemewahan, terasa bagaikan nilai keimanan luntur dalam sanubari. Manusia rakus mengejar arus kemodenan yang tidak pasti akan hentinya. Bagi saya itulah kesan kejahilan. Jahil bukan masalah kecil. Tapi sentiasa dikecil-kecilkan. Bagaikan tidak nampak di mata kita.

Apabila si anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka si ayah dan si ibu akan berasa malu mempunyai anak seperti ini. Sedangkan berapa ramai graduan universiti yang tidak layak bergelar sebagai manusia, jahilkah mereka? Mereka yang hebat dari sudut akademik namun tidak pada agama. Bak kata Saiful Islam yang dipetik dari blognya “...(mafhumnya) kita bukan mahu anak kita menjadi orang agama, tapi cukuplah sekadar orang yang beragama.”

Segala-galanya bermula daripada rumah, teringat akan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:

“Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."


Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Setiap anak yang dilahirkan suci akan sifatnya. Tiada noda-noda dosa, apatah lagi tompok hitam. Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa dalam menzahirkan syariat Islam ke atas seseorang anak. Supaya anak-anak itu menjadi seorang insan yang sempurna akan akhlaknya dan tidak menyekutukan Allah.

Sumber: Dipetik daripada http://imtiazsofea.blogspot.com
http://www.iluvislam.com

Photobucket