Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

27 June 2013

NuRsInG LiFe

ا لسلا م عليكم و ر حمة الله و بر كا ته

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Semoga Allah memberkati kita di bulan Syaaban yang penuh barakah ini. Syaaban memiliki banyak kelebihan. Moga kita tidak menjadi hamba Allah yang rugi. Ramadhan kian menghampiri, Moga kita sampai padanya.. Allahumma amin.

Sudah lama tangan ini tidak mencoret di blog ini, Moga ada manfaat pada coretan ini. Alhamdulillah, sekarang ini berada dalam fasa praktikal sebagai pelajar jurusan nursing. Banyak kisah di sebalik praktikal. Inilah medan sebenar tempat yang akan menjadi kerjaya diri ini. Persoalan yang selalu ditimbulkan oleh orang sekeliling dan diri sendiri. Betul nak berada dalam bidang ini? Kadang2 diri tersenyum tanda yakin dan confius. :) Namun insyaAllah inilah pilihan yang telah dibuat. InsyaAllah ana yakin Allah bersama-sama. 

Na'am, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, namun semuanya akan menjadi mudah dengan bantuan Allah. Allahumma amin.. Berhadapan dengan orang sakit membuatkan diri sentiasa bermuhasabah. Membantu mereka membuatkan diri menjadi kuat, itulah kekuatan yang Allah hadirkan agar terus ke depan. 

Alhamdulillah, berada di sekeliling orang yang sentiasa memberi sokongan sangat membantu. Mungkin ada yang masih memandang rendah profession ini, namun ianya tinggi di hatiku. Apa yang dipelajari bukan sahaja boleh dipraktikkan di ward sahaja namun boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja. Alhamdulillah, Allah izinkan untuk belajar ilmu yang bermanfaat.. 

InsyaAllah dengan pertolongan Allah, diri ini akan terus memperkuatkan profession ini. Moga ada yang mendapat manfaat darinya. 
Photobucket