Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

11 June 2010

ISTIMEWA BUAT ALANG & ACIK...


Alhamdulillah, hari ini ana buat post khas buat dua orang sahabat dunia akhirat ana. 11 dan 12 JUN 2010 merupakan ulangtahun kelahiran mereka yang ke-20.

FATIN NABILA BT JAMALUDIN
NURUL ISDIYANTIE BT ILIAS

SANAH HELWAH BUAT ALANG DAN ACIK.
Semoga hidup antunna selama ini diberkati Allah.



Inilah mawar2 agama yang sntiasa bersama ana disaat ana senang atau susah. Alhamdulillah,Allah mempertemukan hati2 kami sesama kami belajar di madrasah tercinta iaitu Maktab Rendah Sains Mara BESERI, perlis. Terlalu banyak memori kami bersama. Kami akan bersama2 berusaha menuntut ilmu Allah, saling menguat dikala ada yang lemah. Di situlah ana mengenal erti ukhuwah yang menantikan syafaat bagi orang yang berkasih-sayang kerana Allah.

Dengan izin Allah kami dipisahkan sebentar setelah SPM. Di saat itu kerinduan di hati ini sangat menggunung. Barulah ana terasa kukuhnya tali yang mengikat hati-hati kami. Dan akhirnya kami dipertemukan semula oleh Allah untuk sama2 meneruskan pengajian dan meneruskan rantai perjuangan Rasulullah tercinta. Betapa hebatnya perancangan Allah buat kami bertiga. Terasa indah sekali nikmat ukhuwah yang Allah campakkan ke dalam hati2 kami.

"Tujuh golongan yg Allah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja. antaranya ialah dua orang yg berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun dan bertemu keraba Allah dan berpisah pun kerana Allah."
(riwayat al-Bukhari,Muuslim,Malik,al-Tarmizi dan al-Nasa'i daripada Abu Hurairah r.a)


Sahabatku,
Kuharapkan mekar di hati
Agar persahabatan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi syafaat
Terukir indah
Di pintu Jannah....

Doakan kami terus menjadi sahabat hingga ke Jannah kelak.InsyaAllah..


p/s: alang,acik selamat menjadi dewasa.=)
Photobucket