Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

16 November 2010

PANJANGKAN USIAKU


Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan yang seringkali kita dengar ialah, "selamat panjang umur" tetapi ucapan sewajarnya ialah "selamat pendek umur". Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan. Ertinya semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita.

Teringat ana pada mesej yang diterima pada ulang tahun kelahiran daripada sahabat tercinta yang sudah pergi meninggalkan kami di alam dunia ini,Fatima Zurwanti Zulkifly.
-Al-Fatihah-

Hari ini hari lahirmu,
Hari ini bertambah lagi usiamu jua tanggungjawabmu
serta menjadikanmu lebih matang dek ujian yang mengdatang,
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri,
Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya,
Semakin berkurang tempoh untuk beramal,
Semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu,
Semakin bersedia malaikat datang menjemput,
Semakin dekat masa amalan dihitung dan
Semakin hampir haruman firdausi @ azabnya neraka jahanam.

Umur ialah modal untuk kita menyediakan bekalan menuju kehidupan yang kekal abadi. Usia kita di dunia ini adalah modal untuk kita "berniaga" dengan perniagaan yang ditawarkan oleh Allah.

"Wahai orang yan beriman! Sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripadaazab yang pedih? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya." (Surah Al-Shaff61:10-11)
Marilah kita sentiasa meningkalkan amal kita agar tidak menyesal di akhirat kelak.

"Sesiapa mengharap perjumpaan dengan TuhanNya, maka hendaklah dia melakukan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam ibadat kepada TuhanNya."
(Surah al-Kahfi9:110)


Ana tujukan entry ini buat sahabat2 yang amat ana kasihi, AFIFAH BT SULAIMAN & SYAJARATUDDUR BT AB HALIM.

SANAH HELWAH yang ke20. Sayang antunna=)





Photobucket