Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

19 December 2009

USRATI MAHBUBATI

Tunggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. Tanpa usrah yang betul, matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan tidak akan tercapai.

Apa Itu Usrah?

Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebbabkan kadang-kadang hubungan sesama anggota usrah adalah lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.
Usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan usrah.

"Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran."
(Al-Asr 103;3)

Tujuan Usrah

1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah S.W.T.
2. Membentuk pemikiran dan tindakan yang selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
3. Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
4. Membentuk peribadi Muslim,keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
5. Merapatkan ukhuwah dan kasih sayang di kalangan ahli.
6. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati di kalangan ahli.
7. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini.
8. Dapat menguji dan melatih bakat dan kebolehan ahli masing-masing.

Perjalanan usrah yang megikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang mempunyai peribadi yang unggul dalam melaksanakan kerja-kerja peribadi dan kerja-kerja Islam.

18 December 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ibnu Masu'd berkata:
"Perkara yang paling menyedihkan bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah lagi tapi amalanku tidak bertambah.."

Wahai diri dan teman seperjuangan yang dirahmati Allah. Jom kita muhasabah diri kita sepanjang masa yang berlalu dan mempertingkatkan kualiti diri pada masa yang mendatang. Usah disia-siakan walau sesaat kerana tanggungjawab kita melebihi masa yang ada.

Salam Maal Hijrah 1431H ^_^

17 December 2009

Istikharahku Membisikkan Sesuatu...

Persoalan lazim remaja: "Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?"

"Lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?"
"Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi lepas buat istikharah. Macam mana tu? Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?"

Apa Itu Istikharah?
Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat dahulu dan diikuti dengan doa. Solat ini bukan hanya dilakukan dalam urusan mencari jodoh semata-mata bahkan dalam urusan yang memerlukan membuat pilihan.
Contohnya, nak balik kampung atau ikut program kebajikan, nak beli rumah atau kereta, nak ambil kursus bioteknologi atau biomedik, dan sebagainya. Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan musyawarah(berbincang).
Galakan Istikharah
Ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah:"Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan sebagaimana Baginda mengajar kami satu surah daripada Al-Quran, sabdanya:'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini..."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan reda dengan apa yang ditentukan kepadanya. Manakala keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah dan membenci apa yang ditentukan kepadanya."
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi
Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Malah boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itu pun suatu petunjuk.
Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menyenangkan hatinya setelah istikharah,ianya hanyalah satu bonus daripada Allah s.w.t. buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi!
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita!
Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan.
Sebaiknya jangan sandarkan keputusan kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan sunah.

Menunggu, Istikharah dan Usaha?
Ya,wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?
Berusaha menyediakan diri sebagai produk "solehah" yang diidam-idamkan. Produk "solehah" yang bermutu tinggi akan mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,serahkanlah "kesediaan hati" untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
Berusaha mengawal diri supaya jangan mudah menyerah dan mudah melayan, kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak. Wanita yang senang dimiliki, senang pula untuk dipersia-siakan.
Jika anda terpikat pada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana tindakan itu boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan "malu" anda di matanya.
Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya, serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa. Ingatlah bahawa dengan menggunakan orang tengah dapat menjauhi fitnah dan itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara sebaliknya.....

(dipetik dari Majalah Solusi 14)

09 December 2009

SEGALANYA MILIKMU

Kau yang menciptakan cinta
dan kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

kau yang mengutuskan duka
dan engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan berbagai
keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan kau tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu

dicelah hangat nafas yang terhelah
ada dingin saat menyeru namaMU
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapanMu

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu di segenap ruang rasaku
telah kau titipkan kekuatan, Ya Allah...

25 November 2009

BULAN AMAL PERKIM

Bulan Amal Perkim kembali lagi???

Program ini bermula pada 1 November 2009 hingga 24 november 2009.

Bermula dengan Qurban For Life pada 1 November 2009,program ini bertujuan untuk mengutip sumbangan daripada para pelajar,pensyarah dan kakitangan PAUIAM-PJ. Hasil kutipan berjumlah >RM4000.00. Hasil kutipan ini diberikan kepada Muslim Aids. Kutipan ini bertujuan untuk membantu saudara2 kita yang memerlukan bantuan sempena Hari Raya Haji yang akan menjelang tak lama lagi.
Program seterusnya ialah Hari Keluarga Kelab PERKIM pada 8 November 2009 dan Sambutan Hari Lahir PERKIM pada 19 November 2009.
Seterusnya ialah program Ziarah Hospital pada 15 November 2009. Ziarah dibuat di dua buah hospital iaitu Hospital Serdang dan Hospital Kajang.
Pada 21 November 2009, Kelab PERKIM menjalankan Kursus Sembelihan. Program ini perlu untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan asas-asas agama dalam diri setiap pelajar cfsiium.
Bulan Amal PERKIM diteruskan denggan Program di Rumah Titian Kasih pada 22 November 2009. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab dengan keadaan masyarakat yang memerlukan tarbiyyah dari kita.
Program terakhir sempena Bulan Amal PERKIM ialah Ceramah Eidul Adha pada 24 November 2009. Tajuk ceramah yag disampaikan ialah Konsep Pengorbanan Hakiki. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Zamri dari rancangan Mari Mengaji TV9. Bulan Amal PERKIM diakhiri dengan Majlis Penutupan oleh Tuan Haji Mohd Hanif,pengarah Dakwah PERKIM Kebangsaan.

Syukran Jazilan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bulan Amal PERKIM. Semoga kerja dakwah terus diperkasa.(",)

22 November 2009

UHIBBUKI FILLAH ^_^

"Jalan menuju Tuhan memang sukar. Adakalanya kuat dan adakalanya lemah melangkah. Mujur DIA temukan dengan teman2 ku yang sepertimu, agar larian ini tak akan lelah diiringi ukhuwah Fillah..."

Jika kita berukhuwah kerana Allah,pasti semuanya indah.
Jika sepasang kekasih
sering memadu rindu atas rangkaian nafsu
Kita pula berkasih atas landasan ukhuwahfillah
Bebas dari dorongan nafsu semata
Dinaungi kasih Pencipta
"Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah."
(Hadis riwayat al-Bukhari,Muslim,Malik,al-Tarmizi dan al-Nasa'i)
Jika sepasang kekasih
Memejam mata pada aib pasangannya
Kerana saling menjaga hati
Kita pula sentiasa menjaga akhlak dan pekerti
Dan saling nasihat-menasihati
Agar peribadi makin berkualiti
Duhai teman sejatiku....
Aku inginkan persahabatan indah ini bisa menjadi syafaat
Di Mahkamah Mahsyar nanti
Ketika semua umat manusia gusar mencari perlindungan
Allah menyeru tujuh golongan
Antaranya dua pemuda yang berkasih sayang kerana Allah
Begitu sabda junjungan....
Pujangga berkata:
"Cara terbaik mendapat sahabat ialah dengan menjadi sahabat."
Syukran jazilan buat semua sahabatku. Sayang semua kerana Allah.(",)

12 November 2009

Kampung Pantos


....KAMPUNG PANTOS,KUALA LIPIS, PAHANG....

Alhamdulillah, pada 7hb & 8hb Nov lepas,ana dan dua orang sahabat ana berpeluang menjejakkan kaki di kampung Pantos, salah satu perkampungan orang asli di Kuala Lipis,Pahang. Akhirnya terubat rindu ana pada Kampung Rantau, Cameron Highlands yang ana lawati pada cuti semester II lepas bersama keluarga PERKIM.

Perjalanan ke kg Pantos disambut dengan ketenangan air sungai..
Ketenangan kg Pantos
penduduk kg melihat kedatangan kami

Melihat ketenangan yang dimiliki oleh kampung ini, membuatkan setiap orang terasa tenang. Jauh dari kesibukan di ibu kota. Mungkin mereka tidak pernah hidup di ibu kota yang berteknologi tinggi,tp kedamaian yang dimiliki oleh mereka membuatkan mereka terhibur. Sukarelawan2 yg sentiasa melawat mereka membuatkan mereka tertunggu kedatangan yg seterusnya dan sekali gus membuang sifat mereka yang amat pemalu. Mula2 ana mengenali adik2 di ASDAF, asrama anak2 orang asli di Changkat Persekutuan membuatkan ana terfikir bagaimana ana ingin rapat dengan mereka kerana mereka sangat pemalu. Alhamdulillah, akhirnya ana dapat membuang sifat malu mereka bila ana bertandang ke asrama mereka. Bila bersama mereka membuatkan ana seperti seorang kakak yang memiliki adik2 yg ramai..=)

Anak2 yg pintar
Anak2 ini sangat pintar sebenarnya, jadi siapa lagi kalau bukan kita yang membantu mereka??? Ana teringat kata2 naqibah ana dalam usrah kami.."mcmn kita nak jawab di akhirat kelak jika mereka berkata kepada Allah.. Ya Allah, kami tak tahu banyak perkara tentang agamamu kerana tidak ada siapa yg beritahu kepada kami".... Jd, tugas siapa untuk berdakwah kepada mereka???

p/s: kepada adik2 ASDAF, tenek hok menang-menang(kakak sayang adik2) =)


04 November 2009

PRESSS

Buat sahabat2 perjuangan Pre-Science Students Society(PRESSS),

Ya Allah,kurniakanlah sahabat2 dari lorong2 yg membenarkanMu,
sahabat2 dari pintu ilmu,
kiranya semua itu tidak layak untukku,
aku bersyukur dipertemukan yg satu ini,
mungkin padanya ada segala yang tak pernah aku selami,
mungkin padanya apa yang aku impikan selama ini,
tapi jika aku seorang sahabat yang tak menghargai,
ampunilah dosaku dan kurniakan kegembiraan pada sahabat2ku ini..

Ana amat merindui sahabat2 sekalian.. mg antum terus berjaya. TERUSKAN PERJUANGAN!!!!

19 October 2009

MASA MILIK ALLAH


Demi masa
Sungguh, manusia berada dalam kerugian
kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran
dan saling menasihati untuk kesabaran...

(Al-A'sr)


Buat saudara2ku yg dikasihi...
Masa itu adalah milik Allah..
Jika kita menjaga masa kita dengan Allah,nescaya Allah akan menjaga masa kita..
Marilah kita sama2 memanfaatkan masa yg masih ada ini dalam mencari keredhaan Allah...



03 October 2009

Sahabatku....



Sahabat2ku sayang...

Aku gembira menyayangimu kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati,
Keredhaan dalam menerima dirimu seadanya dan kemudahan dalam setiap urusan,
Walaupun kadangkala tewas dengan kebencian iblis terhadap keutuhan persaudaraan,
Kuiringi kekesalan dengan kemaafan....
Moga Allah mempermudahkan kita dalam perjuangan penuh dugaan
dan terus istiqamah berdasarkan aqidah yang satu......

Sayang sahabat semua kerana Allah =)

Keluarga PERKIM: Along,angah,ayong,alang,acik,ateh,anjang,andak,uda,ucu(akmar),ucu(syafiqah)

24 September 2009

SALAM IMTIHAN

" Ya Allah ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hnya keranaMu.
Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh ummah.
Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zaman.
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tak tahu tentang ilmuMu.
Ingatkan kami apa-apa yang kami lupa tentangMu.
Redhakanlah setiap langkah kami kerana kepadaMu kami akan kembali........"

02 September 2009

UKHUWAH FILLAH....



Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan,
Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan,
Sayangi kedua2nya kerana itu rahmat Allah....


Bolehkah kita hidup tanpa insan bergelar sahabat? Ana yakin jawapannya tidak.. indahnya jika kita bersahabat kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah..

"Barangsiapa yang bertemu dan berjabat tangan, nescaya gugurlahlah dosa2nya yang lalu...."


Jalan menuju Allah memang sukar,
Adakalanya kuat & adakalanya lemah melangkah,
Mujur DIA temukan dengan teman2ku yang sepertimu,
Agar larian ini tidak akan lelah diiringi ukhuwah fillah....

Ana bersyukur pada Allah kerana temukan ana dengan sahabat2 sekalian. Antunnalah yang banyak menguatkan ana terutama berada di jalan dakwah ini. Antunna berada disisi ana ketika ana lemah dan ketika ana kuat. Inilah ukhuwah fillah...

Tetapi ramai yang salah tafsir tentang ukhuwah fillah. Ada yang mengambil kesempatan menggunakan term ini untuk berkenal-kenalan dengan berlainan jantina. AWAS bagi yang menyalah gunakan term 'ukhuwah fillah'! Bagi sahabat2 yang belum merasa kemanisan ukhuwah fillah, rebutlah peluang yang masih ada ini.. nikmat sekali ukhuwah kerana Allah kerana Allah hiasi dengan Rahmat Allah..


p/s:Buat sahabat2 ana, ana ucapkan syukran jazilan kerana banyak membbantu ana. Mg ukhuwwah kita hingga ke pintu Jannah.. InsyaAllah.. Ana sayang sahabat semua kerana Allah.

kepada ukhtie yanti n fatin, hanya Allah yang layak membalas kasih sayang antunna. Merekalah teman dakwah ana dari sekolah..
..........sambungan.......

2. Program Fast2Feed.
Tempat : AMF Hall

Ana terpaksa balik awal untuk menolong keluarga yang ana sayangi melaksanakan program Fast2Feed, buka puasa bersama anak2 yatim dan anak2 orang asli. Alhamdulillah, keluarga ana (KELAB PERKIM) diberi peluang untuk membantu Muslim Aid melaksanakan program Fast2Feed. Semuanya berjalan lancar. Tahniah ana ucapkan kepada ahli2 BLP yang berjaya melaksakan program ini. Buat adik2 first year, mg ini menjadi permulaan buat adik2 untuk berada di jalan dakwah.. Teruskan perjuangan. Marilah kita sama2 kutip pengalaman yang ada agar dapat dijadikan bekalan untuk terus menjadi dakwah-bee..

30 August 2009

Pada post ana yang lepas ana meyatakan bahawa jealousnya ana pada teman seperjuangan yang masa mereka terisi dgn kerja2 di jalan Allah.. Alhamdulillah, ana masih diberi peluang oleh Allah untuk sama2 turut serta dalam medan dakwah ini kerana Allah dah janji Islam ini akhirnya akan menang, jdi rugi bagi orang2 yang tidak turut serta.
Alhamdulilah, semalam 29 Ogos ana diberi peluang oleh Allah untuk mengutip pengalaman sebagai khalifah di bumi ini.
1. Program bersama adik2 remaja
Tempat : Masjid Al-Muhtadin, Damansara Damai.
Sempena bulan Ramadan ini satu program bersama2 muslimat remaja di apartment damansara damai telah dilaksanakan di Masjid Al-Muhtadin. Ana bersama 4 orang sahabt ana, yantie,fatin,kak mizah,munirah menjadi fasilitator untuk program tersebut. Teringat ana pada zaman ana sekolah, tak ada program seperti ini, khas buat muslimat remaja. Bersyukurlah adik2ku sayang. Walaupun ana bersama mereka dari pagi sampai petang sahaja, tapi hati ana sayang sangat pada adik2 ini seperti adik ana sendiri. Adik2 yang menjadi peserta berumur 9 hingga 17 tahun.
Para peserta dikehendaki menunaikan solat sunat Dhuha. Kemudian mereka ditayangkan video Rahsia Kejadian Manusia dan Tsunami. Khusyuk adik2 mendengar,melihat dan mencatat kerana di akhir tayangan diadakan kuiz. Para peserta sangat aktif menjawab soalan kuiz sehingga fasi2 terpaksa fikir soalan spontan. Selepas itu, diadakan tazkirah Surah al-Alaq, surah pertama diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w..
Aktiviti seterusnya selepas solat Zohor ialah Treasure Hunt. Para peserta perlu bergerak dalam kumpulan ke setiap checkpoint. Terdapat 5 checkpoint yang perlu dilalui oleh para peserta. Disetiap checkpoint para peserta perlu melaksanakan tugasan2:
1. Hafal doa dan kisah sirah Nabi.
- Fatin tanpa rasa penat mengajar adik2 membaca doa berulang-ulang kali. Adik2 perlu menghafal dan menyusun semula keratan doa.
2. Telefon buruk
- Kak mizah yang sabar perlu mengawal adik2 supaya mengikut arahan. Susah juga nak kawal adik2 yang ramai ini. Peserta pertama perlu menghafal satu hadis berkaittan puasa dan perlu memberitahu ahli kumpulan yg lain. Ahli kumpulan yang terakhir perlu menulis semula hadis yang disampaikan oleh ahli2 sebelumnya. Banyak yang merungut susah juga untuk menghafal hadis ini. Pengajarannya kita perlu bersihkan hati kita agar mudah untuk kita menghafal.
3.Susun puzzzle.
-Checkpoint ini ana yang jaga. Para peserta perlu menyusun keratan cerita godaan syaitan. Alhamdulilah, ana berasa gembira kerana di samping ana menjaga checkpoint ana dapat memberi sedikit nasihat buat adik2 yang disayangi.
4. Tadabur ayat
- Banyaknya Al-Quran atas meja kak yantie.. Para peserta perlu mencari makna2 surah yang berkaitan dengan puasa. Semoga para peserta menyedari bestnya kita baca Al-Quran jika kita tahu maknanya.
5. Ingat?
- Kak munirah ini senang aja kerja dia. bagi adik2 tengok barang2 dalam kotak selama 30 saat, kemudian para pesrta perlu menulis apa yang mereka nampak. Checkpoint ini meguji tahap ingatan para peserta.
Sebelum solat asar para peserta bermain kotak beracun. Apa ya dalam kotak itu??? Dalam kotak beracun itu mengandungi surah2 hafazan. Siapa yang kena perlulah mencuba untuk menghafal surah berkenaan. Semoga aktiviti ini memberi semangat kepada para peserta yang masih muda untuk menghafal ayat2 Al-Quran... InsyaAllah.
Ana terpaksa pulang awal kerana ana perlu menghadiri satu lagi program. Walaupun ana cuma berada sekejap sahaja dgn adik2, tetapi ana berasa puas kerana dapat turun menjayakan program untuk remaja. Semoga ana dapat bertemu lagi dgn adik2.. Adik2ku, semoga adik2 menjadi mawar berduri yang indah, yang memperjuangkan Islam..
.............bersambung.........

29 August 2009

JEALOUS? CEMBURU?

Jealous? Cemburu?......
Inilah apa yang ana rasa sekarang.
Tak baik kan?
tapi ana selalu rasa jealous dan cemburu pada teman2 seperjuangan ana..
Ana jealous bila tgk sahabat2 ana busy dgn program.. dgn kerja2 dakwah..
Ana pun nak jadi busy macam mereka..

Orang-orang yg berada di jalan dakwah ini memang akan merasakan kepenatan....

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang2 yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan Kami uji perihal kamu" (Muhammad;31)

tapi kepenatan itu akan hilang kerana dia yakin pada JANJI-JANJI ALLAH..
"Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad;7)

Ana akan jadi lebih bersemangat jika diri yang kerdil ini terasa penat, ada sahabat2 yang bertanya...
".... tak penat ke?"
kerana ana yakin pada kata-kata ini.........
"Sesungguhnya perjalanan seorang dai'e itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu, orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan & bertanya sampai bila kau akan melelahkan diri. Di jawab daie, sebenarnya, aku mengharap pengistirehatan (syurga)":.. al-Fawaid-Ibnu Qayyim
p/s: hidup di dunia ini adalah sementara sahaja... jadi rugilah kalau kita tak bersungguh-sungguh menanam sebaik-baik tanaman untuk kita tuai di akhirat kelak..

28 August 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!

" YA ALLAH... terimalah amalan2 kami,
perkenankanlah doa2 kami,
bukakanlah pintu kebaikan untuk kami,
sepertimana Engkau berikan
kepada para anbiya' dan auliya'Mu
dan hamba2Mu yang soleh"


p/s: Jom jadi pemenang anugerah Lailatul Qadar1430H...


19 August 2009

ALLAH DI HATIKU...



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"

(Al-Anfal;2)

Bagaimana kita ingin menjaga hati kita???


1. JANGAN makan terlalu kenyang.

2. Sentiasa MEMBACA Al-Quran dan zikir kepada Allah.

3. TIDAK tergopoh-gapah dalam melakukan kerja.

4. TIDAK berlayar di lautan tak bertepi (berangan-angan).

5. JANGAN banyak tidur.

6. JANGAN banyak bergurau.

7. JANGAN banyak bercakap perkara sia-sia dan jaga pergaulan.




04 August 2009

BE A DAKWAH BEE!



Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimahlah dengan kekuatan.. kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang teman tak sehaluan, kadang-kadang2 kecemerlangan gagal dicapai... namun itulah ujian dalam mencari iman yang teguh..
Moga terus bersabar dalam perjuangan.
Kuatkan kakimu dijalanNya..
Moga keredhaanNya sentiasa bersama...
Photobucket