Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

14 April 2011

HADIS 11


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Mari kita banyakkan berselawat ke atas NABI SAW pada hari yang mulia ini. Rasulullah amat menyayangi kita sebagai umat Baginda, tapi bagaimana kita membalas kecintaan Rasulullah pada kita. Langkah mudah kita dapat bertemu dan mendapat syafaat Baginda ialah dengan memperbanyakkan selawat.

Syeikhuna ana, Al-Fadhil Ust Muhadir seringkali berpesan agar banyakkan berselawat ke atas Baginda dan melazimi lidah kita membaca hadis Nabi Muhammad S.A.W. Jangan di biarkan lidah kita tidak membaca hadis melebihi 3 hari.

Alhamdulillah,pengajian bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir pada 14 April 2011 dimulakan dengan membaca hadith 11.


TERJEMAHANNYA:
"Dari Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Talib cucu Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu 'anhuma. katanya: Aku telah menghafaz dari Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam (sabdanya iaitu): Tingkalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau. Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa'i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahih.

Hadis ini sangat ringkas,tetapi maksudnya sangat mendalam. Barang yang meragukan ini ialah barang-barang syubhah. Ianya sangat hampir pada haram. Orang yang dapat menjaga perkara ini adalah sangat baik. Jika ingain tahu adalah ianya syubhah, letakkan tangan di dada,jika kuat nadi bermakna hindarilah ia. Namun, kita hanyalah insan biasa yang memiliki banyak kekurangan, sudah tentu ia tidak berkesan pada kita.=)

Ada kisah dimana seorang anak murid menjemput gurunya untuk makan dirumahnya. Murid ini ingin sekali menjamu gurunya makan kambing. Jadi pada hari dia menjemput gurunya makan, dia menghidangkan kambing sebagai masakan yang istimewa. Namun,apabila gurunya ingin mengambil kambing itu,tangan gurunya akan menghala pada makanan yang lain. Terdetik sesuatu pada hati gurunya bahawa pasti ada sesuatu pada kambing ini. Murid tadi hairan dan berasa kecil hati kerana gurunya tidak mengambil kambing itu. Lalu ditanya kepada gurunya. Jadi gurunya menjawab bahawa terdapat syubhah pada kambing itu. Terus murid itu kemudian menemukan penjual kambing itu untuk mendapatkan kepastian. Penjual itu pun menceritakan bahawa sebenarnya kambing itu mati sebelum di sembelih. Disebabkan itu adalah kambing kesayangan dia, dia menyembelih juga kambing itu untuk dijual. Ketahuilah bahawa setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging diri kita.

Manusia seringkali dikaitkan dengan sifat was-was pada diri. Sifat was-was ini merupakan hasutan syaitan yang sudah berjanji pada Allah akan menghasut manusia sehingga hari kiamat. Tapi sudah tentu ada langkah yang dapat kita ambil bagi menghilangkan sifat was-was ini.
Bagimana Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki menjawab apabila ditanya bagaima ingin membuang was-was ini. Jawapannya "jangan was-was". MasyaAllah sungguh ringkas tapi mempunyai makna yang mendalam. Ya,betul. Jangan was-was. Kalau kita melayan perasan was-was ini, syaitan itu akan semakin memasuki. Maka hindari pintu-pintu hasutan syaitan. Perasaan ini bermula dalam diri sendiri dan perlu ditangkis oleh pemilik diri itu sendiri.

Photobucket