Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

01 September 2010


Alhamdulillah,Allah izinkan diri kita untuk sama2 berada dalam bulan Ramadhan sehinggalah hari ini, di mana kita berada di fasa terakhir Ramadan. Tanpa kita sedar atau tidak,ramadhan kian melabuhkan tirainya. Adakah kita diberi peluang untuk berada dalam malam yang mulia?? Moga2 kita insan terpilih untuk beribadat pada malam yang amat mulia,iaitu mlam Lailatul-Qadar. Allahumma amin. Man jadda wa jadda, siapa usaha dia akan dapat…

Ingin sekali ana kongsikan ilmu yang dayah dapat dari guru tercinta, ust Muhadir pada hari Isnin,20 Ramadhan lepas. Semoga dapat memberikan semangat buat kita untuk sama2 memburu malam Lailatul-Qadar.

LAILATUL-QADAR

Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan iaitu pada malam 21,23,25,27 atau 29 Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

Dan juga banyakkan membaca doa,

“Ya Allah,rezekikan kami malam Lailatu-Qadar”

*bacalah dua doa ini selalu

Semoga kita menjdi insan yang terpilih. Marilah kita sama2 memburu Lailatul-Qadar ini. Marilahlah kita menghidupkan sepuluh malam terakhir ini dengan melapangkankan masa kita untuk Allah,terutama pada malam2 ganjil agar kita tidak terlepas dalam bertemu Lailatul-Qadar. InsyaAllah ganjaran yang amat besar menanti kita.

SELAMAT BERAMAL.

Sentiasa berdoa pada Allah. Sentiasa memohon keampunan daripada Allah untuk diri,keluarga,sahabat2 dan saudara2 kita.
Photobucket