Pages

Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

31 December 2010

Teristimewa buatmu....


2011 kini menjelang. Angka 0 dibelakang sudah diganti dengan angka 1. Usia kita juga semakin berganti angkanya. Adakah kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya? Hanya kita yang dapat muhasabah diri kita.

InsyaAllah, entri ini ana nukilkan khas buat sahabt2 tercinta,Khususnya sahabt ana, Aisyah Iman bt Mohamad Taha yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada 2hb Januari. SANAH HELWAH ya ukhtie.
Subhanallah, terlalu indah erti ukhuwah yang dibina hanya untuk mendapat Reda Allah. Buat sahabat2, ana ucapkan syukran atas segala sokongan sahabat2 sepanjang antum mengenal diri ini.

Buat sahabtku,
Di hari lahirmu ini, marilah kita muhasabah diri kita sepanjang kita diberi nikmat Iman dan Islam dalam diri kita. Bagaimana kita menggunakan nikmat2 Allah sebagai seorang hamba dan khalifah. Sebagai seorang manusia yang banyak kelemahan, kita seringkali tidak bersyukur bila mendapat sesuatu atau berada dalam sesuatu keadaan. Bila dapat ini, kita mahu yang itu. Bila dapat yang itu, kita mahu yang lain pula. Inilah kita kan. Tapi sebenarnya apa yang Allah beri kepada kita adalah yang terbaik buat kita. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang kita inginkan tetapi belum diberi oleh Allah.

Teman seperjuanganku,
Satu perkara yang kita sering lupa ialah dua insan yang sangat istimewa dalam diri kita. Sudah tentu Mak dan Bapa. Ibulah yang melahirkan kita dengan satu jihad tatkala itu, dan ayahlah yang membesarkan kita dengan titik peluhnya. Diriku, adakah aku anak yang soleh dan solehah? Semua itu adalah pilihan kita hendak menjadi anak yang soleh atau derhaka. Sudah tentu menjadi anak yang soleh menjadi impian kita. Tetapi impian ini perlu disertakan dengan usaha agar layak digelar anak yang soleh. Sebagai seorang anak, kita bertanggungjawab menjaga nama baik mak dan bapa kita. Di mana kita pergi, maruah mereka kita bawa bersama. Satu lagi tanggungjawab yang kita anggap remeh ialah mendoakan mereka selalu. kita belajar doa ibubapa sejak kita kecil lagi, tapi adakah kita mempraktikkannya sehingga sekarang?

Sahabat tercinta,
Jadikan usia kita yang mendatang ini sebagai satu medan untuk kita menjadi hamba Allah yang taat. Perbaiki diri agar kita layak bergelar ahli Jannah kelak. InsyaAllah.

Akhir kalam, ana ucapkan Sanah Helwah buatmu, Aisyah Iman. Jadilah mawar kebanggaan agama.

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Iman,
Allah selamatkan kamu.