Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

14 April 2011

HADIS 11


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Mari kita banyakkan berselawat ke atas NABI SAW pada hari yang mulia ini. Rasulullah amat menyayangi kita sebagai umat Baginda, tapi bagaimana kita membalas kecintaan Rasulullah pada kita. Langkah mudah kita dapat bertemu dan mendapat syafaat Baginda ialah dengan memperbanyakkan selawat.

Syeikhuna ana, Al-Fadhil Ust Muhadir seringkali berpesan agar banyakkan berselawat ke atas Baginda dan melazimi lidah kita membaca hadis Nabi Muhammad S.A.W. Jangan di biarkan lidah kita tidak membaca hadis melebihi 3 hari.

Alhamdulillah,pengajian bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir pada 14 April 2011 dimulakan dengan membaca hadith 11.


TERJEMAHANNYA:
"Dari Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Talib cucu Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu 'anhuma. katanya: Aku telah menghafaz dari Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam (sabdanya iaitu): Tingkalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau. Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa'i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahih.

Hadis ini sangat ringkas,tetapi maksudnya sangat mendalam. Barang yang meragukan ini ialah barang-barang syubhah. Ianya sangat hampir pada haram. Orang yang dapat menjaga perkara ini adalah sangat baik. Jika ingain tahu adalah ianya syubhah, letakkan tangan di dada,jika kuat nadi bermakna hindarilah ia. Namun, kita hanyalah insan biasa yang memiliki banyak kekurangan, sudah tentu ia tidak berkesan pada kita.=)

Ada kisah dimana seorang anak murid menjemput gurunya untuk makan dirumahnya. Murid ini ingin sekali menjamu gurunya makan kambing. Jadi pada hari dia menjemput gurunya makan, dia menghidangkan kambing sebagai masakan yang istimewa. Namun,apabila gurunya ingin mengambil kambing itu,tangan gurunya akan menghala pada makanan yang lain. Terdetik sesuatu pada hati gurunya bahawa pasti ada sesuatu pada kambing ini. Murid tadi hairan dan berasa kecil hati kerana gurunya tidak mengambil kambing itu. Lalu ditanya kepada gurunya. Jadi gurunya menjawab bahawa terdapat syubhah pada kambing itu. Terus murid itu kemudian menemukan penjual kambing itu untuk mendapatkan kepastian. Penjual itu pun menceritakan bahawa sebenarnya kambing itu mati sebelum di sembelih. Disebabkan itu adalah kambing kesayangan dia, dia menyembelih juga kambing itu untuk dijual. Ketahuilah bahawa setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging diri kita.

Manusia seringkali dikaitkan dengan sifat was-was pada diri. Sifat was-was ini merupakan hasutan syaitan yang sudah berjanji pada Allah akan menghasut manusia sehingga hari kiamat. Tapi sudah tentu ada langkah yang dapat kita ambil bagi menghilangkan sifat was-was ini.
Bagimana Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki menjawab apabila ditanya bagaima ingin membuang was-was ini. Jawapannya "jangan was-was". MasyaAllah sungguh ringkas tapi mempunyai makna yang mendalam. Ya,betul. Jangan was-was. Kalau kita melayan perasan was-was ini, syaitan itu akan semakin memasuki. Maka hindari pintu-pintu hasutan syaitan. Perasaan ini bermula dalam diri sendiri dan perlu ditangkis oleh pemilik diri itu sendiri.

12 April 2011

TIDUR SEKEJAP~


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.



8 Manfaat Day Napping

a)Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
b)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
c)Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan
d)Baik untuk jantung dan kesihtan
e)Meningkatan fungsi kognitif
f)Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman
g)Menjadikan minda lebih kreatif
h)Mengelakkan daripada mengantuk ketika belajar atau bekerja

Islam telah mengajar kita untuk tidur sebentar,day napping pada waktu tengahari. Ianya dipanggil qailulah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Lakukanlah qailulah kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah."
(Riwayat al-Tabarani)

Ana yakin sesiapa yang pernah tidur sebentar pada waktu tengahari akan merasakan badan bertenaga pada waktu selepas itu. Inilahlah kelebihan yang dapat dirasakan apabila mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Walhal ianya sangat mudah, malah ada rahsia di sebaliknya. InsyaAllah, bagi sesiapa yang mempunyai masa sebentar pada waktu tengahari, lalukanlah qailulah.

~wassalam~

07 April 2011

KEINDAHAN TALAQI


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Ketahuilah Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan. Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia,maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia,maka perjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia akan merasakan kerugian. Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

"Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut."

Dan jikalau niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah,bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.

(Petikan Muqadimah Kitab Bidayatul Hidayah, Al imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.)


Mengapa ana mengambil petikan muqadimah Kitab Bidayatul Hidayah ini adalah kerana kata-kata Imam Al-Ghazali sangat menyentuh hati yang membacanya. Moga sahabat-sahabt dapat memiliki buku ini kerana isinya sangat bermanfaat. Setiap kata yang ditulis sangat dekat dengan hati para pembaca.

Semoga Allah mencucuri beliau dengan rahmat yang luas dan semoga Allah memberi keberkatan kepada kita dengan ilmu yang beliau tinggalkan.

Muqadimah buku ini telah menarik hati ana untuk ana kongsikan bagaimana hati-hati orang yang sangat cintakan ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah dan menambah rasa kasih pada Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, melalui pengajian ana di CFS IIUM Petaling Jaya, ana dapat merasai suasana bertalaqi yang cukup indah. Tidak dapat dizahirkan perasaan keindahan bertalaqi ini. Subhanallah... Alhamdulillah, guru kami yang amat kami hormati Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Semoga Allah memberi keberkatan dunia dan akhirat kepada Ustaz. Allahumma amin...

Alhamdulillah,setelah selesai Talaqi Syeikhuna yang amat dikasihi, Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll hari ini, ana ingin kongsikan sesuatu yang moga bermanfaat buat sahabat-sahabat yang amat ana kasihi.

Muqadimah Kitab Bidayatul Hidayah ini menceritakan bagaimana seseorang yang menuntut ilmu. Jika niatnya untuk kebaiakn, maka beruntunglah dia, tetapi jika untuk menunjuk-nunjuk,maka rugilah dia.

Alhamdulillah, pengajian talaqi yang bermula dari CFS memberi semangat kepada ahli pengajian untuk menuntut ilmu secara bertalaqi walaupun sudah berada di maincampus. Subhanallah, terlalu indah dikurniakan sahabat-sahabat yang amat mencintai ilmu. Ana kagum melihat sahabt-sahabt yang terus berusaha sedaya upaya untuk menghadiri majlis Talaqi walaupun berbagai rintangan yang hadir. Mereka akan melapangkan hari yang ada pengajian untuk dapat hadir ke majlis ilmu walaupun perlu menghadap rintangan.

Buat sahabat-sahabtku di kuantan, Ustaz pesan sebentar tadi. "Dalam membuat kebaikan pasti akan ada rintangan yang hadir, sesiapa yang berjaya mengharungi rintangan itu, bergembiralah dia."

Sahabat-sahabtku, teruskan usahamu untuk mewajibkan diri menghadiri talaqi walaupun terpaksa drive sendiri, terpaksa berkorban duit untuk transport, terpaksa berkorban hujung minggu untuk menuntut ilmu. Yakinlah Allah akan memberi ganjaran kepada antum.

Buat diri dan adik2 yang masih berada di PJ, hargailah nikmat yang Allah bagi tanpa perlu bersusah payah untuk keluar mencari. Sediakan hati untuk menerima dan mengamalkan. InsyaALlah

Moga kita istiqamah menghadiri talaqi. InsyaAllah.

06 April 2011

SYURGA DUNIA DAN AKHIRAT

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan Salam kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Dakwatunnisa ingin mengucapkan Barakallahu lakuma wa barakah 'alaikuma wa jama'ah bainakuma fi khair kepada kakak yang tercinta, Wan Thohiroh bt Megat Yahya yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Abdullah 'Ammar bin Mohd Shukry pada 2 April 2011 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1432H lalu.

Semoga Allah titipkan sakinah wawaddah dalam rumahtangga yang baru dibina ini.

Dua pasangan diraikan pada 2 April 2011


Buat teman2 seperjuanganku, jom kita dengar petikan forum nikmat bercinta selepas berkahwin daripada Ustzh Fatimah Syarha. Moga ia bermanfaat.

https://www.facebook.com/video/video.php?v=1609581251746&comments

Photobucket