Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

31 December 2010

Teristimewa buatmu....


2011 kini menjelang. Angka 0 dibelakang sudah diganti dengan angka 1. Usia kita juga semakin berganti angkanya. Adakah kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya? Hanya kita yang dapat muhasabah diri kita.

InsyaAllah, entri ini ana nukilkan khas buat sahabt2 tercinta,Khususnya sahabt ana, Aisyah Iman bt Mohamad Taha yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada 2hb Januari. SANAH HELWAH ya ukhtie.
Subhanallah, terlalu indah erti ukhuwah yang dibina hanya untuk mendapat Reda Allah. Buat sahabat2, ana ucapkan syukran atas segala sokongan sahabat2 sepanjang antum mengenal diri ini.

Buat sahabtku,
Di hari lahirmu ini, marilah kita muhasabah diri kita sepanjang kita diberi nikmat Iman dan Islam dalam diri kita. Bagaimana kita menggunakan nikmat2 Allah sebagai seorang hamba dan khalifah. Sebagai seorang manusia yang banyak kelemahan, kita seringkali tidak bersyukur bila mendapat sesuatu atau berada dalam sesuatu keadaan. Bila dapat ini, kita mahu yang itu. Bila dapat yang itu, kita mahu yang lain pula. Inilah kita kan. Tapi sebenarnya apa yang Allah beri kepada kita adalah yang terbaik buat kita. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang kita inginkan tetapi belum diberi oleh Allah.

Teman seperjuanganku,
Satu perkara yang kita sering lupa ialah dua insan yang sangat istimewa dalam diri kita. Sudah tentu Mak dan Bapa. Ibulah yang melahirkan kita dengan satu jihad tatkala itu, dan ayahlah yang membesarkan kita dengan titik peluhnya. Diriku, adakah aku anak yang soleh dan solehah? Semua itu adalah pilihan kita hendak menjadi anak yang soleh atau derhaka. Sudah tentu menjadi anak yang soleh menjadi impian kita. Tetapi impian ini perlu disertakan dengan usaha agar layak digelar anak yang soleh. Sebagai seorang anak, kita bertanggungjawab menjaga nama baik mak dan bapa kita. Di mana kita pergi, maruah mereka kita bawa bersama. Satu lagi tanggungjawab yang kita anggap remeh ialah mendoakan mereka selalu. kita belajar doa ibubapa sejak kita kecil lagi, tapi adakah kita mempraktikkannya sehingga sekarang?

Sahabat tercinta,
Jadikan usia kita yang mendatang ini sebagai satu medan untuk kita menjadi hamba Allah yang taat. Perbaiki diri agar kita layak bergelar ahli Jannah kelak. InsyaAllah.

Akhir kalam, ana ucapkan Sanah Helwah buatmu, Aisyah Iman. Jadilah mawar kebanggaan agama.

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Iman,
Allah selamatkan kamu.


16 November 2010

PANJANGKAN USIAKU


Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan yang seringkali kita dengar ialah, "selamat panjang umur" tetapi ucapan sewajarnya ialah "selamat pendek umur". Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan. Ertinya semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita.

Teringat ana pada mesej yang diterima pada ulang tahun kelahiran daripada sahabat tercinta yang sudah pergi meninggalkan kami di alam dunia ini,Fatima Zurwanti Zulkifly.
-Al-Fatihah-

Hari ini hari lahirmu,
Hari ini bertambah lagi usiamu jua tanggungjawabmu
serta menjadikanmu lebih matang dek ujian yang mengdatang,
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri,
Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya,
Semakin berkurang tempoh untuk beramal,
Semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu,
Semakin bersedia malaikat datang menjemput,
Semakin dekat masa amalan dihitung dan
Semakin hampir haruman firdausi @ azabnya neraka jahanam.

Umur ialah modal untuk kita menyediakan bekalan menuju kehidupan yang kekal abadi. Usia kita di dunia ini adalah modal untuk kita "berniaga" dengan perniagaan yang ditawarkan oleh Allah.

"Wahai orang yan beriman! Sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripadaazab yang pedih? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya." (Surah Al-Shaff61:10-11)
Marilah kita sentiasa meningkalkan amal kita agar tidak menyesal di akhirat kelak.

"Sesiapa mengharap perjumpaan dengan TuhanNya, maka hendaklah dia melakukan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam ibadat kepada TuhanNya."
(Surah al-Kahfi9:110)


Ana tujukan entry ini buat sahabat2 yang amat ana kasihi, AFIFAH BT SULAIMAN & SYAJARATUDDUR BT AB HALIM.

SANAH HELWAH yang ke20. Sayang antunna=)





15 November 2010

Amalan Malam 'Aidain (Dua Hari Raya)


Amalan Malam 'Aidain (Dua Hari Raya)
1. Solat Tahajjud
2. Solat Tasbih (4rakaat 2 salam)
3. Solat Hajat
4. Laa ilaaha illallah (1000x) kemudian baca Allaahumma thabbitnaa bi qaulith thaabit (3x)
5. Istighfar (1000x)
6. Selawat (1000x)
7. Yaa Hayyu Yaa Qayyuum, Laa ilaaha illaa Anta (40x)
8. Yaa Hayyu Yaa Qayyuum, Ahyil Quluuba Tahyaa, wa ashlih lanal a'maala fid diini wad dunyaa (18x)

(ana kongsikan pesanan daripada guru ana, ust Muhadir)
Selamat beramal! /(^_^)\

10 October 2010

PUASA SYAWAL DAN PUASA QADA'


Puasa 6 hari di bulan Syawwal adalah termasuk di dalam ibadah puasa Tathawwu’ (amalan ketaatan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah). Kebanyakan ahlil ilmi mengatakan sunnat berpuasa 6 hari di bulan Syawwal termasuklah Ibn Abbas, Thaus, Sya’bi, Maimun bin Mahran, Ibn Mubarak, Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain[1].

Imam Nawawi mengatakan: Hadith ini (iaitu hadith Abu Ayyub al-Anshari di bawah) jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (di bulan Syawwal)[2].

Puasa ini seolah-olah seperti ucapan selamat jalan (taudi’an) kepada bulan Ramadhan dan boleh menampal (jabran) kecacatan yang mungkin berlaku dalam puasa fardhu tersebut[3].

Sesungguhnya puasa selama 6 hari di bulan Syawwal mengandungi pahala yang sangat besar sekali. Ini adalah berdasarkan hadith daripada Abu Ayyub al-Anshari, sesungguhnya Rasulullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Mafhumnya:Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, maka baginya pahala seumpama mengerjakan puasa sepanjang tahun[4].

Sebahagian ulama menafsirkan, mengerjakan puasa sepanjang tahun ini merujuk kepada ganjaran kebajikan yang ada pada puasa wajib di bulan Ramadhan dan puasa sunnat di bulan Syawwal ini. Ini lebih jelas disebutkan di dalam hadith daripada Thauban, daripada Rasulullah, sesungguhnya Baginda bersabda:

مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ، مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشَرَ أَمْثَالُهَا
Mafhumnya: Barang siapa berpuasa enam hari selepas Eidul Fitri (Hari Raya Puasa), adalah (seolah-olah mencukupkan puasa) sepenuh tahun. Barang siapa yang melakukan satu kebajikan, maka baginya (digandakan) sepuluh kebajikan sepertinya[5].

Oleh kerana itu, puasa sebulan di bulan Ramadhan seolah-olah berpuasa 10 bulan (atau 300 hari kerana 30 hari x 10), dan puasa 6 hari Syawwal seolah-olah berpuasa 2 bulan (atau 60 hari kerana 6 hari x 10) yang menjadikan jumlahnya setahun (atau 360 hari dan setahun mengandungi 360 hari)[6].

Di dalam hadith lain daripada Ibn Umar berkata: Rasululullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَأَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
Mafhumnya: Barang siapa berpuasa Ramadhan dan mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, keluarlah dosa-dosanya (sehingga dia menjadi bersih dari dosa) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya[7].

Waktu dan perlaksanaannya
Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Muhazzab: Telah berkata Ashab kita (iaitu ulama’ Syafi’iyyah): Dan disunnatkan puasa enam Syawwal itu berturut-turut pada awal Syawwal dan jika dicerai-ceraikan dia (iaitu puasa itu) atau dita’khirkan (dilewatkan) dia daripada awal Syawwal nescaya harus[8].

Ibn Mubarak memilih awal bulan dan beliau mengatakan jika bercerai-cerai harus[9].




Afdhal
Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Muslim: Telah berkata Ashab kita: Bermula yang afdhal bahawa puasa ia enam hari berturut-turut mengiringi hari fitrah (iaitu bermula dari 2 Syawwal)[10].

Qadha’ puasa dan puasa sunnat Syawwal
Mengqadha’kan puasa bulan Ramadhan adalah sesuatu yang wajib. Jika ia dilakukan secara berasingan (separated) dengan puasa sunnat Syawwal, maka ia jelas difahami akan bolehnya. Persoalan timbul apabila ia dilakukan sekali gus (combined) dengan puasa Syawwal dalam bulan Syawwal. Para ulama’ khilaf mengenainya.

1) Imam Syamsuddin al-Ramli[11] mengatakan:
ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء، حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد رحمه الله تعالى تبعًا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرامي وغيرهم، ولكن لا يحصل له الثواب الكامل.
Maknanya: Dan jika seseorang berpuasa pada bulan Syawwal secara qadha’ atau nazar atau selain keduanya atau pada hari seumpama hari 'Asyura`, hasil baginya (dia mendapat) pahala puasa sunnat hari tersebut seperti mana telah difatwakan oleh ayahku (iaitu ayahanda Imam al-Ramli iaitu Imam Syihabuddin al-Ramli) kerana mengikut fatwa Imam al-Barazi, al-Ashfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Sholeh al-Hadhrami dan selain mereka, akan tetapi tidaklah hasil baginya pahala (puasa sunnat) yang sempurna[12].
Rumusan:
1- Jika puasa qadha’ atau nazar dilakukan pada bulan Syawwal atau hari Asyura, orang tersebut akan mendapat juga pahala puasa sunnat hari yang dia berpuasa itu (dia akan mendapat pahala puasa sunnat bulan Syawwal atau puasa hari Asyura).
2- Walau bagaimanapun, dia tidak akan mendapat pahala puasa sunnat yang sempurna.

Pendapat Imam Syaikh Ramli ini diikuti oleh ramai ulama termasuk ulama di dunia Melayu. Di sini, dinukilkan pendapat mengenainya seperti yang termaktub di dalam 3 kitab Jawi besar dalam fiqah di dunia Melayu yang menjadi rujukan oleh kitab-kitab fiqah lain.

2) Kitab Sabil al-Muhtadin (di alam Melayu dikenal dengan kitab Sabilal Muhtadin), karangan Al-Alim al-Allamah Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Beliau menulis:
(Soal) Jika seorang puasa qadha’ atau nazar atau lainnya di dalam bulan Syawwal, adakah hasil baginya puasa sunnat Syawwal atau tiada? (Jawab) Kata Syaikh Ramli di dalam Nihayah: Hasil baginya pahala sunnat Syawwal, jika tiada diqasadnya mengerjakan puasa sunnat Syawwal itu kemudiannya (selepasnya)[13]. Dan jika diqasadnya mengerjakan dia kemudian (selepas) daripada umpama qadha’ itu, maka tiadalah hasil baginya pahala sunnat Syawwal kerana diqasadnya akan yang demikian itu jadi sharif (pemalingan) daripada menghasilkan dia daripada puasa Syawwal, maka pada ketika itu hendaklah dikerjakannya puasa Syawwal itu kemudian daripada qadha’ umpamanya, jika ada lagi tinggal bulan Syawwal. Dan jika tiada, maka sunnat mengqadha’ dia pada bulan Zulqaedah[14].

Rumusan:
1- Jika dia puasa qadha’ atau nazar tanpa sebelumnya ada niat puasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’ atau nazar itu, dia akan mendapat pahala puasa sunnat Syawal. Jika dia ada niat seperti itu, maka dia tidak mendapat pahala sunnat Syawwal.
2- Oleh kerana jika dia sudah berniat berpuasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’, hendaklah dia berpuasa sunnat Syawwal tersebut dalam bulan Syawwal itu juga.
3- Jika bulan Syawwal sudah selesai, maka sunnat dia mengqadha’kan puasa sunnat Syawwal itu di bulan Zulqaedah.
2) Di dalam kitab Bughyah al-Tullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi al-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Faththoni, beliau menulis:
(Dan jika ada) padanya puasa qadha’ atau nazar atau lainnya, maka jika ada niatnya hendak puasa sunnat Syawwal itu kemudian daripadanya, maka tiada hasil sunnat Syawwal serta qadha’ atau nazar itu. Dan jika tiada seperti ia niatkan serta qadha’ atau nazar, sunnat syawwal, hasillah pahala keduanya, atau tiada diniatkan puasa sunnat Syawwal serta qadha’ atau nazar itu, lepaslah tuntutannya, yakni tiada dituntut puasa sunnat Syawwal lagi. Demikianlah disebut pada Mudabaghi tempatnya. Hasilnya itu, jika tiada diniatkan puasa Syawwal itu kemudian daripada qadha’ atau nazar…[15]

Rumusan:
1- Jika dia ada berniat untuk berpuasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’ atau nazar, maka dia tidak mendapat mendapat pahala sunnat Syawwal, cuma mendapat pahala puasa qadha’ atau nazar sahaja.
2- Jika dia berniat puasa qadha’ atau nazar sahaja, maka dia mendapat pahala puasa kedua-duanya (pahala qadha’ atau nazar dan pahala puasa sunnat Syawwal).
3- Jika dia tidak berniat puasa sunnat Syawwal ketika melakukan puasa qadha’ atau nazar, maka dia tidak dituntut untuk menunaikan puasa sunnat Syawwal.

3) Kitab Al-Bahr al-Wafi wa al-Nahr al-Shafi, karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni. Beliau juga menukilkan pendapat Imam Ramli dalam tulisannya:
(Tanbih) Jika puasa ia di dalam bulan Syawwal itu akan puasa qadha’ atau puasa nazar atau lainnya, nescaya hasil baginya pahala sunnatnya atau puasa ia di dalam umpama hari 'Asyura` akan puasa qadha’ atau puasa nadzar atau lainnya nescaya hasil baginya pahala sunnatnya, seperti yang difatwa oleh Syaikh Ramli Kabir (yakni ayahanda Imam ar-Ramli) mengikut ia akan Syaikh Barazi dan Syaikh Ashfuni dan Syaikh Nasyiri dan al-Faqih Ali bin Shalih al-Hadhrami dan lainnya. Tetapi tidak hasil baginya pahala yang sempurna yang diperaturkan atas yang mathlub (yang dituntut dalam hadits)[16].
Rumusan:
1- Seperti rumusan pada qawl (pendapat) perkataan Imam Syamsuddin al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj di atas.

Natijah:
Daripada perbincangan para ulama’ (di dalam kitab-kitab yang telah disebutkan di atas), dapat diambil panduan hukum iaitu:
Seseorang mendapat pahala puasa qadha’ dan pahala sunnat puasa 6 Syawwal walaupun tidak sempurna pahala sunnat puasa 6 itu, sama ada – semasa puasa itu – berniat qadha’ sahaja atau niat qadha’ serta sunnat puasa 6 sekali gus, dengan syarat dia tidak berniat terlebih dahulu untuk puasa 6 Syawwal selepas berpuasa qadha’ itu. Ini adalah pendapat Imam al-Barazi, al-Ashfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Sholeh al-Hadhrami, Imam Syihabuddin al-Ramli (Syaikh Ramli al-Kabir) dan anaknya Imam Syamsuddin al-Ramli (Syaikh Ramli al-Shaghir), termasuklah sekumpulan ulama mutakhir seperti Imam al-Khathib al-Syarbini, Syaikh Arsyad al-Banjari dan Syaikh Muhammad bin Ismail al-Fathoni dan lain-lain.

Penutup
Beberapa perkara yang boleh dinyatakan di dalam persoalan puasa qadha’ Ramadhan yang disertakan (combined) dengan puasa sunnat 6 hari di bulan Syawwal antaranya:
1) Ia adalah antara perkara khilaf di kalangan para ulama’.
2) Kebanyakan para ulama mengatakan seseorang mendapat pahala puasa qadha’ dan pahala sunnat puasa Syawwal dengan syarat dia tidak berniat terlebih dahulu untuk puasa 6 Syawwal selepas berpuasa qadha’ itu. Justeru, boleh menggabungkan puasa qadha’ dan puasa sunnat Syawwal sekali gus.
3) Terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat hanya mendapat pahala qadha’ sahaja dan tidak mendapat pahala sunnat 6, jika hanya berniat qadha’ dan tidak berniat puasa sunnat. Walau bagaimana pun, jika dia berniat qadha’ serta sunnat sekali gus, maka tidak sah dan tidak mendapat pahala untuk kedua-dua puasa tersebut. Ini adalah pendapat Imam Nawawi dan Imam Asnawi[17]. Ada juga ulama yang mengatakan dia hanya mendapat pahala qadha’, tidak mendapat pahala sunnat, melainkan jika ada niat puasa sunnat itu. Ini adalah pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami[18].
4) Bagi pandangan al-Faqir- setelah merujuk kepada panduan pendapat para ulama dan masyaikh di dalam kitab dan perbincangan mereka-, jika bulan Syawwal masih panjang, adalah lebih baik menunaikan puasa qadha’ dahulu dan selepas itu menunaikan puasa 6. Ini adalah kerana mengikut kaedah: مَا أَكْثَرَ فِعْلاً أَكْثَرَ فَضْلاً (Apa-apa yang banyak dibuat, maka banyak pula fadhilatnya). Ia juga sebagai suatu ihthiyath (berhati-hati) memandangkan ada pendapat yang tidak membolehkan menyertakan sekali kedua-dua puasa ini. Jika bulan Syawwal sudah di penghujung, maka menggabungkan di antara puasa qadha’ dan sunnat Syawwal adalah baik. Wallahu a’lam.
4) Berusahalah bersama-sama agar kita tidak terlepas untuk menunaikan puasa 6 hari Syawal ini sebagai taqarrub (untuk menghampirkan diri kepada Allah) di samping ganjaran yang besar seperti yang disebut di dalam riwayat hadith.

والله أعلم بالصواب

(Petikan Teks daripada Al-Fadhil al-Ustaz Muhadir Haji Joll, UIAM- muha_71@hotmail.com)
Nota kaki:

[1] Rujuk Lathaif al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazhaif, Al-Imam al-Hafiz Zainuddin bin Rajab al-Hanbali, ta’liq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/ 1996M, ms 209.
[2] Rujuk Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi, Bairut: Dar al-Qalam, 1987, 8/56.
[3] Rujuk Al-Nashaih al-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah, Al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad, tahzib wa taqdim, Syaikhuna, Al-Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Bogor: Al-Ma’had al-Ali li al-Tafaqquh fi al-Din, Cetakan Kedua, 1418H/ 1997M, ms 179.
[4] Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Al-Shiyam, Abu Daud dalam kitab Al-Shiyam,Tirmizi dalam kitab al-Shawm, Ibn Majah dalam kitab Al-Shiyam.
[5] Diriwayatkan Ibn Majah. Hadith ini disebut di dalam kitab Fadhail al-A’mal, Al-Hafiz Dhiyauddin, Muhammad bin Abd al-Wahid bin Ahmad al-Maqdisi, Madinah: Jam’iyyah al-Birr, 1412H, ms 42.
[6] Disebut oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim seperti yang dinukilkan oleh Syaikh Muhammad Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi Syarah bagi Mukhtasar Shahih al-Tirmizi, 5/127. Rujuk juga Bughyah al-Tullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi al-Shawab, Syaikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathoni, Dar al-Fikr, 2/128. Bilangan 360 hari di sini merujuk kepada hari dalam setahun tahun Hijriyyah, bukan Masahiyyah.
[7] Diriwayatkan oleh Tabrani di dalam Al-Awsat.
[8] Bahr al-Mazi, 5/127. Lihat juga Al-Shirat al-Mustaqim, Al-Alim Al-Allamah Syaikh Nuruddin Jilani bin Ali Hasanji bin Muhammad Humaid al-Raniri (kitab ini berada di tepi kitab Sabil al-Muhtadin), ms 138.
[9] Rujuk Bahr al-Mazi , 5/126.
[10] Rujuk Al-Iqna’ fi Hall Alfaz Abi Syuja’, Syaikh Muhammad Al-Syarbini al-Khatib, Fathoni: Matba’ah Ibn Halabi, t.t, 1/245, Bahr al-Mazi, 5/127, Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain, Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni, Pulau Pinang: Percetakan al-Muarif, t.t, ms 65, Kifayah al-Muhtadi pada Menerangkan Cahaya Sulam al-Mubtadi, Syaikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathoni, Thailand: Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Awladih, 1351H, ms 162 dan Idaman Penuntut pada Menghuraikan Yang Kusut, Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya, Penggal Pertama, 1983, ms 148.
[11] Beliau ialah salah seorang ulama besar dalam fiqh mazhab Syafi’e. Diberi gelaran Imam Syafi’e al-Shaghir (Imam Syafie kecil) kerana kedalaman dan kewibawaannya dalam ilmu pengetahuan. Kitabnya Nihayah al-Muhtaj dan Tuhfah al-Muhtaj sentiasa menjadi rujukan utama para ulama untuk mengetahui pendapat yang dipakai di dalam mazhab Syafi’e.

[12] Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj fi al-Fiqh 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'e, Syaikh Ramli, Egypt: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, 1993, 3/208–209. Pendapat beliau disokong juga oleh Al-Imam Al-Khatib al-Syarbini (rujuk Mughni al-Muhtaj, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2/184).
[13] Umpamanya dia mengqasadkan (meniatkan) beberapa hari sebelum dia mengerjakan puasa qadha’: “Aku nak puasa qadha’ dulu. Lepas puasa qadha’ ini, aku akan puasa sunnat Syawwal 6 hari pula”. Jika dia berniat seperti itu, maka, dia tidak mendapat pahala puasa sunnat Syawwal 6 hari itu, jika dia menyertakan (combine) puasa qadha’ serta puasa sunnat Syawwal sekaligus kerana dia sudah berniat untuk melakukan puasa sunnat itu tidak sekali (separate) dengan puasa qadha’.
[14] Rujuk Sabil al-Muhtadin li al-Tafaqquh bi Amr al-Din, Al-Imam al-Allamah al-Syaikh Muhammad Ahmad bin Abdullah al-Banjari, Thailand: Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Awladih, t.t, 2/160–161.
[15] Bughyah al-Tullab, Dar al-Fikr, 2/128.
[16] Rujuk Al-Bahr al-Wafi, kompilasi oleh Syaikhuna al-Marhum, Tuan Guru Haji Wan Muhammad Soghir bin Abdullah al-Riawi al-Fathoni, Kuala Lumpur: Khazanah Fathoniyyah, Cetakan Kedua, 2005, ms 376.
[17] Rujuk Fath al-Mu’in, Al-Alim al-Allaamah Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari.
[18] Rujuk I’anah al-Tholibin hasyiah bagi Fath al-Mu’in, Syaikh Abu Bakar Syatha al-Bakri al-Dimyathi, murid Syaikhul Islam, Syaikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.

01 September 2010


Alhamdulillah,Allah izinkan diri kita untuk sama2 berada dalam bulan Ramadhan sehinggalah hari ini, di mana kita berada di fasa terakhir Ramadan. Tanpa kita sedar atau tidak,ramadhan kian melabuhkan tirainya. Adakah kita diberi peluang untuk berada dalam malam yang mulia?? Moga2 kita insan terpilih untuk beribadat pada malam yang amat mulia,iaitu mlam Lailatul-Qadar. Allahumma amin. Man jadda wa jadda, siapa usaha dia akan dapat…

Ingin sekali ana kongsikan ilmu yang dayah dapat dari guru tercinta, ust Muhadir pada hari Isnin,20 Ramadhan lepas. Semoga dapat memberikan semangat buat kita untuk sama2 memburu malam Lailatul-Qadar.

LAILATUL-QADAR

Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan iaitu pada malam 21,23,25,27 atau 29 Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

Dan juga banyakkan membaca doa,

“Ya Allah,rezekikan kami malam Lailatu-Qadar”

*bacalah dua doa ini selalu

Semoga kita menjdi insan yang terpilih. Marilah kita sama2 memburu Lailatul-Qadar ini. Marilahlah kita menghidupkan sepuluh malam terakhir ini dengan melapangkankan masa kita untuk Allah,terutama pada malam2 ganjil agar kita tidak terlepas dalam bertemu Lailatul-Qadar. InsyaAllah ganjaran yang amat besar menanti kita.

SELAMAT BERAMAL.

Sentiasa berdoa pada Allah. Sentiasa memohon keampunan daripada Allah untuk diri,keluarga,sahabat2 dan saudara2 kita.

17 August 2010

KAU SAHABAT KAU TEMAN


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


AL-FATIHAH buat sahabatku yang amat dirindui, Fatima Zurwanti binti Zukifly yang kembali kepada pemilik mutlaknya pada 2.10petang, 3 Rejab 1431 bersamaan 16 Jun 2010.

p/s-atim,dayah rindu sangat dekat atim.

14 August 2010

KEKASIH ALLAH


RENUNGKAN… RENUNGKAN… RENUNGKAN…

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertawakallah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan Sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya,Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya telah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hamper selelsai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasullulah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah,ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “siapakah itu wahai anakku?”

”Tak tahu ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan menggetarkan seolah-olah bahagian demi bahagian anaknya itu hendak di kenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia,dialah malakul maut,” kata Rasulullah,Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut dating menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapaJibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskaan apa hakku nanti di hdapan Alllah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.”Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebarmenanti kedatanganmu,”kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “khabarkan kepadaku bagaiman nasib umatku kelak?” “ jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, meihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan tangannya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

12 August 2010

BERSYUKURLAH..


ALLAHUAKBAR....
Malunya dengan Allah.
Rasa malu sangat..

Adakah kita menjadi orang yang bersyukur?
Adakah kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita?

Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita,
tapi bagaimana kita menerima nikmat2 tersebut?
Dengan perasaan sombong? Bangga diri? Melakukan maksiat?

MasyaAllah,malulah kita pada Allah...
Yang terus memberi pada kita walaupun kita tidak menunjukkan rasa syukur pada Allah. Itulah sifat AR-RAHMAN & AR-RAHIM.

Kalau manusia memberi sesuatu,akan ada perasaan dalam diri untuk mengharapkan orang membalasnya bukan?
Tetapi Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang,tidak meminta hamba-hambaNYA untuk membalas kembali nikmat yang Allah berikan. Kerana apa? Kerana terlalu banyak nikmat Allah berikan. Jika kita menghitungnya. Diibaratkan,kalau kita ambil air laut untuk menjadi dakwat bagi menulis nikmat yang Allah bagi,nescaya tidak cukup..

Malah ada bonus yang Allah berikan kepada orang yang BERSYUKUR...

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat Allah, maka pasti azabKu sangat berat."
[Ibrahim,7]

SUBHANALLAH
Besarnya nikmat Allah pada kita..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Ya Allah,Jadikanlah hati2 kami hati yang sentiasa bersyukur kepadaMU Ya Allah...
Allahumma amin
Ya Allah,Jadikanlah hati2 kami hati yang sentiasa bersyukur kepadaMU Ya Allah...
Allahumma amin
Ya Allah,Jadikanlah hati2 kami hati yang sentiasa bersyukur kepadaMU Ya Allah...
Allahumma amin

10 August 2010

RAMADHAN 1431



Ramadhan I wait for you,
Ramadhan I come to you,
Ramadhan I love you,
Ramadhan I miss you.

Ramadhan wait for me,
Ramadhan come to me,
Ramadhan look at me,
Ramadhan be closed to me.

Ramadhan please forgive me,
Ramadhan dont forget me,
Ramadhan please bless me,
Ramadhan dont leave me.

Ramadhan where are you,
Ramadhan I cant see you,
Ramadhan where have you been,
Ramadhan can I meet you again.


Salam Ramadhan buat semua. Jom kita tingkatkan amal kita. Rebutlah peluang untuk menambah amal kebaikan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan lepas. InsyaAllah.

09 August 2010

SABAR DAN SYUKUR




PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK...=)


BERSANGKA BAIK PADA ALLAH, NESCAYA HATI AKAN TENANG...=)

07 August 2010

SEINDAH MAWAR BERDURI


Alhamdulillah, akhirnya ana dapat luangkan masa bersama kakak2 tercinta, kak min dan kak sufi di uia gombak. Dapat merasa sebentar menjadi pelajar maincampus.=) Semoga kami yang belajar di cfs akan selamat meneruskan perjuangan di maincampus. InsyaAllah. Doakan kami ya.

Post kali ini,ingin sekali ana coretkan pesanan buat mawar-mawar agama.

Bila disebut perkataan mawar,pasti kita akan terfikir kecantikan dan wangian mawar itu. Ingin sekali ana ibaratkan insan yang bergelar perempuan sebagai mawar. Sungguh indahkan perempuan itu. Disebabkan perkara inilah perempuan itu perlu memelihara diri kerana penuh dengan fitnah.



Bunga mawar selalu diberi oleh pak we kepada mak we nya bukan. Sebagai tanda apa? Sebagai tanda penghargaan bahawa si dia cantik seperti mawar. Sudah pasti perempuan akan rasa teruja. Buat teman2 yang temannya diberi bunga,pasti akan terdetik perasaan jealous kerana kita tidak punya insan yang dapat memberi bunga kepada kita. Tetapi awas! Kalau itu yang diberikan oleh insan yang bergelar pak we sebagai tanda ikatan percintaan yang terjalin,maksudnya anda sudah tertipu. Cuba kita lihat sekuntum bunga akan cepat layu bukan? Jadi,kisah percintaan yang terjalin itu akan menjadi seperti sekuntum mawar yang akan layu itu bukan?

Hakikat yang sebenarnya, diri perempuan itulah mawar yang sangat indah. Tetapi bergantung bagaimana perempuan itu mencorakkan dirinya.

Kalau kita hanya memiliki paras rupa yang cantik,itu tidak mencukupi wahai mawar-mawar agama. Kita perlu memiliki pertahanan diri bak duri yang ada pada bunga mawar. Hiasilah diri kita dengan akhlak yang terpuji.

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri,
Jangan biarkan dirimu menjadi bunga yang hanya indah
tetapi sayang tidak berduri
Duri mawar itu ditasybihkan dengan
perbatasan aurat,akhlak dan al-haya'



Kepada si MAWAR yang disayangi,
Ku doakan dirimu MEKAR di taman,
Diakari rasa berTUHAN,
Dihiasi haruman AKHLAK dan IMAN,
Kerana itulah UKURAN,
JELITAnya seorang PERAWAN.

05 August 2010

TANDA-TANDA JATUH CINTA



Menurut hadis,orang yang sedang jatuh cinta lebih cenderung untuk selalu mengingati dan menyebut orang yang dicintainya.

Sabda Rasulullah, "Barang siapa yang mencintai sesuatu akan kerap menyebut tentang yang dicintainya."

Sabda Rasulullah, "Barang siapa yang mencintai sesuatu akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya."

1. Lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibandingkan dengan yang lain.

Peringkat pertama apabila anda menyukai sesuatu anda akan sering mengingatinya. Ingatan itu akan menyebabkan lisan sering berbicara hal-hal mengenainya. Kesukaan itu akan mendorong anda untuk menyimpan segala maklumat yag berkaitan dengan yang dicintai. Ia adalah dorongan semula jadi yang sememangnya tidak perlu dipaksa lagi.

2. Lebih suka berkumpul dan bersama dengan yang dicintai dibandingkan dengan yang lain.

Peringkat kedua apabila anda senang atau suka pada sesuatu, anda pasti akan senang duduk bersamanya. Sekalipun tanpa bicara atau kata-kata, perasaan suka dan senang itu tetap mengalir apabila mata anda memandangnya. Jarak itu memainkan peranan untuk mengalirkan perasaan bahagia dan tenteram. Kerana dekat itu menjadikan anda merasai kewujudan yang dikasihi.

3. Lebih suka mengikut kemahuan yang dicintai dibandingkan kemahuan orang lain atau diri sendiri.

Peringkat ketiga apabila anda mencintai sesuatu anda akan melalukan apa yang disukai oleh kekasih. Meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Anda langsung tidak mahu melukakannya sekalipun dia tidak di sisi anda. Jujur dan ikhlas dalam mencinti sekalipun tanpa kekasih melihat apa yang anda lakukan. Ini adalah peringkat yang tertinggi dan disebut juga sebagai ehsan. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah, denggan membaca firmanNya, lebih suka bercengkerama dengan Allah dalam iktikaf dan lebih suka mengikuti perintah Allah daripada perintah yang lain.

Bagaimana dengan diri kita? Nama siapakah yang kita kerap sebut setiap hari? Dengan siapakah kita lebih senang duduk bersama? Keinginan dan larangan siapakah yang selalu kita lakukan? Daripada persoalan ini lita akan mengetahui siapakah sebenarnya yang anda cintai.

Allahkah yang dicintai?
Manusiakah yang dicintai?
Atau nafsu serakah yang dicintai?

29 July 2010

PERMATA HATI..





Islam meletakkan amanah yang besar untuk mendidik anak-anak. Anak-anak yang diibartakan sebagai harta perlu dijaga sebaik mungkin. Jika dijaga dan dipelihara dengan baik, harta itu akan menjadi ”hiasan hidup” yang berharga, jika salah didikan akan pula menjadi ”musuh orang tuanya” (QS 64:14) dan “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia… (Al-Kahfi: 46).

Islam memandang dunia kanak-kanak penuh dengan keindahan dan mempesonakan. Agar keindahan dan keterpesonaan itu tidak menyebabkan kanak-kanak leka dan membesar dalam suasana tanpa memahami adab, Islam mengamanahkan ibu bapa agar memberikan perhatian, panduan dan bimbingan. Jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak diselubungi keterpesonaan melampau, kanak-kanak membesar dalam suasana yang timpang dan berbahaya. Kanak-kanak akan mengambil tindakan berdasarkan rasa dan gerak naluri semata-mata. Akan menyebabkan terjerumus ke lembah bahaya dan penuh kepura-puraan.



Rasulullah s.a.w menganjurkan agar kita menghormati anak-anak dengan memberi didikan dengan sebaik mungkin. Allah s.w.t menberi rahmat kepada seseorang yang menbantu anaknya sehingga anak itu dapat berbakti kepadanya. Ada seorang sahabat bertanya; ”Bagaimana cara menbantunya? Jawab Baginda, ”Menerima segala usahanya walaupun kecil,memaafkan kesilapannya, tidak membebaninya dengan beban yang berat, dan tidak pula memaki sehingga melukai hatinya.”
Kita sering mendengar ibu bapa mengeluh tentang anak-anak yang nakal, degil dan tidak “mendengar kata. Sehingga keluar kata-kata seperti “memang dasar anak degil”, “anak syaitan” atau lain-lain perkataan yang tidak baik daripada mulut ibu bapa sendiri. Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa kedegilan anak-anak itu adalah berpunca daripada salah asuhan mereka sendiri.

Prof Dr. Hamka menjelaskan cara terbaik mendidik anak ialah: ”Hendaklah perjalanan hidupmu dengan anak-anakmu lurus dan pertengahan.Hendaklah kamu menjadi kaca yang jernih dan bercahaya untuk ditilik oleh anak-anakmu,Jauhkan dirimu daripada perbuatan tercela.”

Anak-anak mudah meniru. Orang tuanya merupakan idolanya. Apabila melihat kebiasaan baik daripada kedua-dua orang tuanya, kanak-kanak dengan cepat mahu mencontohinya. Dunia anak adalah dunia permainan. Dengan bermain dan berhubung dengan mereka secara tidak langsung kita juga mendidiknya. Justeru itu Rasulullah s.a.w menekankan pentingnya bermain bersama anak. Sabda baginda yang bermaksud: ”Siapa yang mengembirakan hati anaknya, maka ia bagaikan memerdekakan hambanya. Siapa yang bergurau untuk menyenangkan hatinya, maka ia bagaikan menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.”


“…Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati.” (Al-Furqan: 74)

28 July 2010

Kita sudah kembali ke zaman jahiliyah?




Kita sudah kembali ke zaman jahiliyah?

Adakah kita terfikir perkara ini?
Bukankah kita sekarang berapa dalam era moden yang canggih?
Sebenarnya kita sudah berada dalam era yang lebih teruk dari zaman jahiliyah.

Ingin sekali ana bawakan diri kita agar melihat beberapa perbezaan yang menjadi kita sekarang lebih teruk dari zaman jahiliyah;

Zaman Jahiliyah VS Zaman Sekarang


1.Memudaratkan diri dengan meminum arak VS Memudaratkan diri dengan arak,dadah,gam,merokok dan banyak lagi

2.Merogol wanita yang tiada kaitan dengan dirinya VS Merogol wanita yang mempunyai kaitan dengan dirinya; Ayah merogol anak, abang merogol adik, datuk merogol cucu

3.Membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan VS Membunuh anak lelaki dan perempuan

4.Menanam anaknya hidup2 di dalam tanah VS Tidak lagi menanam anaknya di dalam tanah malah membuang anak ibarat sampah dan najis

5.Menjadikan orang miskin sebagai hamba abdi VS Menjadikan ibubapa sebagai orang gaji

MasyaAllah, adakah kita perasan tentang keadaan yang melanda pada zaman ini. Adakah ini yang dinamakan era globalisasi? Marilah kita bermuhasabah kembali bagaimana kita menggunakan kecanggihan pada era moden ini?

Sungguh benar janji Allah dalam Al Quran;

“ Baginya manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya begiliran,dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”
(Surah Ar-Ra’d:13;11)


Ingin kita melihat Rasulullah sedih? Sudah pasti kita tidak sanggup melihat kekasih Allah ini bersedih bukan. Sedangkan Rasulullah amat mengasihi kita sebagai umat Baginda. Ingatkan pada diri kita bahawa kita adalah umat Rasulullah. Umat yang akan mendapat syafaat Baginda.

Marilah kita membentuk peribadi mukmin dalam diri kita agar kita dapat mendidik keluarga kita dan seterusnya mendidik masyarakat kita. InsyaAllah. Mari kita mulakan dari diri kita dahulu.

SELAMAT BERMUJAHADAH……


26 July 2010

MASA LAPANG..




“Akak ada program lagi minggu ni? Tiap2 minggu akak ada program”


Inilah pertanyaan yang sering dilontarkan kepada siapa yang memanfaatkan cutinya dengan program2 yang berfaedah. Kenapa kita perlu memanfaatkan hujung minggu kita? Cuba kita fikir, apa yang kita akan buat pada hujung minggu yang tiada kleas dan kuliah? Adakah kita betul2 manfaatkan masa lapang itu dengan kita menelaah pelajaran? Sudah tentu tidak bukan, kita akan habiskan hujung minggu dengan tidur,main game,tengok cerita dan lain2.

InsyaAllah,cara paling berkesan agar kita gunakan hujung minggu dengan berfaedah ialah dengan mengikuti program2. Subhanallah, terlalu banyak program2 yang dianjurkan oleh semua pihak pada hujung minggu. Cuma terletak kepada kemahuan dan kesungguhan kita untuk mencari dan mengikutinya.


Masih ingat pesanan Rasulullah kepada kita agar kita mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara? Salah satunya ialah MASA LAPANG SEBELUM SEMPIT.

Masih ingat perkara yang akan disoal oleh Allah nanti? Salah satunya ialah NIKMAT MASA yang diberikan.

Masih ingat kata2 bahawa jika ingin melihat seseorang itu, lihatlah apa yang dibuat oleh seseorang itu pada MASA LAPANGnya.

Penting kan memanfaatkan masa lapang kita. Pilihan berada di tangan setiap individu. Adakah kita ingin memanfaatkan masa lapang dengan perkara yang berfaedah atau memanfaatkan masa lapang dengan perkara yang tidak berfaedah?

Wahai diri yang kerdil ini dan sahabat2, marilah kita bermuhasabah kembali bagaimana kita menggunakan nikmat masa yang Allah berikan kepada kita. Semoga kita dapat memenfaatkan masa lapang kita sebaiknya. IsyaAllah.

Photobucket