Pages

Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

30 June 2011

~Kematian Itu Pasti~



Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Setiap manusia yang hidup akan menghembuskan nafas yang terakhir bila masa itu tiba. Hari itu pasti akan tiba bila sampai masanya. Bilakah ana dan antum akan meninggalkan alam dunia ini? Wallahua'lam. Hanya Allah yang tahu akan rahsia ini. Mungkin setahun lagi, mungkin sebulan lagi, mungkin seminggu lagi, mungkin sehari lagi atau pun mungkin hanya sesaat lagi????
Jadi bagaimana kita nak mati dalam husnul khatimah? Jika kita jadi mukmin yang Allah syariatkan, sudah tentu kita pulang kepada Allah dalam keadaan baik. Tapi bagaimana keadaan kita sekarang? Allahuakbar... Amal yang terlalu sedikit, dosa yang menggunung, hati yang kotor.. Apakah yang kita telah buat pada diri yang dilahirkan dalam keadaan bersih ini? Zalimmya kita pada diri.

Tapi Allah itu Maha Pengampun. Orang yang bertaubat umpama bayi yang baru lahir iaitu yang masih bersih dirinya. Namun adakah kita sentiasa bertaubat pada Allah? Allahuakbar, kita merugikan sifat Keampunan Allah ini sehinggakan kita terus melakukan maksiat, angkuh pada Allah dan merasakan diri tidak mempunyai dosa. Moga sifat-sifat ini dijauhkan dari diri kita.

Ana cukup tersentuh apabila sejak akhir-akhir ini banyak berita tentang kematian. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan para solehin. Allahumma amin. ~Al-Fatihah~ Sebentar tadi mak memberitahu sesuatu padaku sambil membula laci pakaian. "Nanti kalau ada kematian, guna kain-kain yang ada di dalam laci ini, kain batik dan kain langsir ini gunakan nanti waktu ada kematian ya." Allah, ana menjadi sebak. MasyaAllah, peringatan dari Allah buat diri yang sering lalai ini.
Semoga sempat untuk membawa bekal akhirat yang mencukupi.....
Semoga kita menjadi anak yang soleh dan mukmin yang taat..

Ana memohon kemaafan sekiranya ana ada tersalah pada sesiapa. Halalkan segala pemberian antum. Semoga syurga menjadi tempat pertemuan kita.

Ana teringat kata-kata terakhir Al-Fadhil Ust Muhadir bin Hj Joll, "Jika ini bertemuan terakhir kita, semoga syurga menjadi tempat pertemuan kita seterusnya" Allahumma amin.