Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

17 June 2010

SAHABATKU, KAMI REDHA....


Ya Allah, sahabatku ini bungaku. Tanpanya tiada seri dunia. Sahabatku ini maduku. Penawar banyak perkara. Sahabatku ini guruku. Mendidik dengan penuh mesra. Kucintai sahabatku ini kerana dia membawaku kepada CINTAMU. Jangan Kau biarkan dia sendirian di alam barzakh,bahkan di akhirat. Kau jagalah dia. Amatku sayangi dia keranaMu....

Sahabatku, Fatima Zurwanti bt Zulkifly..Berbahagialah dikau di samping pencipta kita.
Alhamdulillah,Allah pinjamkan atim dalam kehidupan ana,walau baru dua tahun, tetapi ikatan hati telah terbina utuh.

Sahabatku, kami reda dengan pemergianmu walaupun hati ini berat sangat. Selama ini dikaulah yang menyerikan kehidupan kami dengan senyuman dan usikanmu yang tak pernah henti. Ana terasa bagaikan satu mimpi. Semuanya berlaku pantas. Usikanmu semasa kita sama2 ke kenduri kak sufi masih segar dan terngiang2 di fikiran dan telingaku. Namun, ana reda sahabatku kerana ana pasti dikau berbahagia disana. Allah menjemputmu dalam keadaan yang baik,di bulan yang baik. Cukuplah untuk kami semua turut berada tenang dengan pemergianmu.

**********
ISNIN,14 JUN 2010,1 REJAB 1431H
Ana terima satu sms pada waktu malam yang menyatakan atim kemalangan dan dalam keadaan kritikal. Ana pastikan adakah benar berita yang ana terima kerana ana sangat terkejut. Dan akhirnya kak hawa memastikannya kerana menerima panggilan daripada kak ju. Terasa bagaikan satu mimpi. Tetapi itu adalah hakikat yang perlu diterima.
Ana dan dua orang sahabat bernekad akan menziarahi atim di hospital pada keesokkan harinya.

SELASA,15 JUN 2010, 2 REJAB 1431H
Fokusku dalam kelas sudah hilang kerana saat itu hanya atim berada difikiranku.
**********
Walaupun kami tidak pernah sampai ke putrajaya dengan kenderaan awam, kami redah juga kerana terlalu rindukan atim. Setibanya di hospital putrajaya, kami disambut oleh kak ju dan membawa kami ke wad ICU... hati ini terasa berat untuk melangkah kerana membayangkan bagaimana keadaan sahabatku yang sangat periang tetapi hari ini terlantar di ICU. Namun ana gagahkan diri ini bersama sahabat yang lain. Setibanya kami di wad ICU, terlihat tubuh sahabatku yang terlantar di atas katil dan mesin2 bantuan memenuhi sahabatku. Saat itu hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini. Walau ana cuba tahan air mata dari mengalir,tapi akhirnya ana tumpas,tak dapat dikawal lagi. Tetapi ana terus berdoa agar Allah memanjangkan usianya. Terasa sunyi kerana selama ini arwahlah yang banyak menghiburkan suasana.
**********
Istimewanya hari ini kerana ada kenangan yang tak dapat dilupakan. Setiap hari selasa, arwah yang memegang jawatan sebagai Biro Disiplin Mahallah akan membuat announcement agar sisters memakai stoking,handsocks dan menutup aurat yang sempurna semasa ke pasar malam. Ana yakin arwah melaksanakan tugas bukan hanya kerana jawatan tetapi arwah sangat sayang pada sisters. Jika tak ada announcement pada hari selasa yang akan memperingatkan tentang aurat, ana terasa pelik. InsyaAllah, pesananmu akan kami ikut.
**********
Pulangnya ana dari menzirahi arwah di hospital dengan perasaan yang sangat berat kerana ana terasa ingin sentiasa bersamanya sepanjang masa. Tetapi ada tanggungjawab yang lain ana perlu dahulukan. Ana berazam ana akan datang lagi pada hari khamis. Selagi mata ini masih terbuka, hanya arwah yang berada di fikiran ana.
**********
Ana menerima sms bahawa arwah sedikit stabil dari siang tadi. Hati ini bersyukur sangat mendengar perkembangan ini.

RABU,16 JUN 2010, 3 REJAB 1431H
Terlalu rindukan atim. Terasa ingin sahaja kaki ini melangkah untuk berada di sampingmu. Namun,ku pujk diri ini agar melawat atim esok hari kerana ana tiada kelas.
**********
Selepas pulang dari kelas, ana dapat makluman atim buat pembedahan semalam. Lalu ku terus sms pada kak maziah yang setia menunggu atim bersama kak hawa. Jawapananya.....
"Semalam tak jadi buat pembedahan, doakan atim, dia tengah nazak,bacakan yassin" Ya Allah, hanya air mata yang mampu mengalir. Ana tak mampu berkata2. Pada masa yang sama ana terima panggilan daripada Mdm Asmeza.. " Hidayah, mdm tak tahu nak cakap apa, tapi hidayah datang la tengok atim sekarang juga" Hati ana semakin sebak.
***********
Ana bergegas untuk ke hospital putrajaya. Sahabatku menerima sms yang bertanyakan adakah benar berita yang mereka terima bahawa atim telah tiada. Tetapi, kami menguatkan diri untuk tidak percaya selagi kami tidak sampai. Ketika berada di dalam bas, ana menerima panggilan daripada madam asmeza lagi. Waktu itu hati sangat berdebar untuk menjawab,tetapi ana gagahkan juga. "Hidayah,dah terima berita terbaru?" hanya air mata yang mampu mengalir bagi menjawab persoalan itu. Kemudian bertubi2 sms yang ana terima tentang kembalinya atim kepada Allah.
*************
Alhamdulillah, ana dan beberapa sahabat dapat mencium arwah sebelum dimandikan. Sebak hati ini melihat tubuh yang kaku dan pucat.... Hanya doa yang mampu kami hadiahkan buatmu sahabatku...
*************
Arwah disolatkan di surau berdekatan perumahan arwah. Arwah dibawa pulang ke terengganu selepas isyak bagi proses pengebumian.


Atim, dirimu akan sentiasa diingati olehku. Dikau terlalu berharga buatku.
"Ya Allah, kami bersyukur kerana Engkau meminjamkan atim kepada kami buat seketika, kami redha dengan pemergiannya kerana kami pasti Engkau menyayanginya melebihi sayang kami kepadanya..."
Photobucket