Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

30 November 2011

MAHU ATAU TIDAK MAHU???


ا لسلا م عليكم و ر حمة الله و بر كا ته

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada pencipta kita, Allah SWT kerana memberi peluang kepada hambaNya ini untuk berada dalam tarbiyyah, berada dalam biah soleh iaitu suasana yang baik. Alhamdulillah ya Rabb.

Moga bumi IIUM Kuantan berada dalam Rahmat Allah kerana sentiasa dipenuhi program-program yang mana malaikat membukakan sayapnya. Sekarang sedang berlangsungnya satu program tahunan bagi IIUM Kuantan, iaitu Campus Dakwah Projek (CAMPRO). MasyaAllah, program yang sangat bermakna terutama bagi insan-insan yang dahagakan ilmu, yang menginginkan perubahan, dan yang ingin menyumbang pada ummah. Lirik lagu IIUM banyak memberi semangat pada diri untuk memiliki prinsip "Jadilah insan yang bermanfaat buat orang lain".


Lets lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam
Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge
Were the khalifah
Well fulfill the Amanah


Chorus:
Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra
IIUM,
Is to realise, the meaning of
Rahmatan lil-Alamin

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra
IIUM,
Is to realise, the meaning of
(Mercy to all the worlds)
For all mankind

Majlis-majlis ilmu semakin subur,
Kita punya dua pilihan:

Antara MAHU atau TIDAK
Antara MALAS atau RAJIN

Semuanya bergantung pada diri kita kan?
Mungkin sahabat hanya boleh mengajak kita,
Tapi diri kitalah yang akan menggerakkan diri.
No body can change you, But you need to change yourself.

Allahumma ya muqollibal qulub,
thabbit qulubana a'la diinik wa'ala tho'atik.

Ya Allah, peganglah hati-hati kami....

Jom sama-sama kita muhasabah, adakah kita telah melaksanakn tugas kita sebagai hamba dan khalifah?
Jika sudah, teruskan...
Jika belum, mulakan sekarang...
Ayuh diri dan sahabat2 sekalian.

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam,
dan esok lebih baik dari hari ini....

~SALAM MAAL HIJRAH 1433H~

08 November 2011

:)


ا لسلا م عليكم و ر حمة الله و بر كا ته

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.
Salam Aidiladha buat semua....

04 September 2011

~Man Jadda Wa Jada~

ا لسلا م عليكم و ر حمة الله و بر كا ته

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Hari ini kita sudah 6 Syawal. Kejap sahaja masa berlalu. Masih terasa lagi suasana bulan Ramadhan, saat ziarah menziarahi. Sekarang dah tiba masanya semua orang habis bercuti dan akan meneruskan kerja dan tugas masing2. Semakin pantas kan masa berlalu meninggalkan kita.

Buat sahabat2, mari kita bina semangat baru setelah lama bercuti. Mulakan semester baru ini dengan semangat yang tinggi. Semangat itu perlu ditambah dengan usaha, pasti baik hasilnya. Man Jadda wa Jada. Siapa usaha pasti dapat.


Semoga Allah permudahkan segalanya. Allahumma amin.

31 July 2011

~Ahlan Ya Ramadhan~

ا لسلا م عليكم و ر حمة الله و بر كا ته

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

~SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA~


Boleh dapatkan Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan di "sini"

30 July 2011

~Ya Rasulullah~

ا لسلا م عليكم و ر حمة الله و بر كا ته

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.


Nazrey Johani - Wahai Kekasih

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.


Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kau tempuhi jua.


Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.


Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya

21 July 2011

لولا مر بي ما عر فت ر بي

ا لسلا م عليكم و ر حمة الله و بر كا ته

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

MasyaAllah, sudah masuk 20 Syaaban malam ini. Kejap kan masa berlalu. "Ya Allah,berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan". Semoga kita sempat bertemu Ramadhan pada tahun ini. Adakah layak diri ini bertemu dengan Ramadhan?? Allah, malunya dengan Allah, Allah nak bagi peluang buat kita untuk berada dalam bulan yang Barakah, tapi bagaimana persediaan kita? Ampunilah kami Ya Allah, kami seringkali lalai.

لولا مر بي ما عر فت ر بي
~Jika tidak kerana Guruku, mana mungkin aku mengenal Tuhanku~

Sekarang ini adik-adik di PJ pasti tengah bertalaqi bersama Guru yang banyak membimbing kami. Ya Allah, rindunya untuk berada di Majlis yang penuh barakah itu. Moga masih ada peluang untuk sentiasa berada dalam Majlis Talaqi. Majlis yang membawa hati-hati untuk mencintai Allah dan Rasul. Majlis yang membawa hati-hati untuk mencintai akhirat. Majlis yang membawa hati-hati untuk mencintai para Masyaikh. Allah..... Terima kasih kerana mengizinkan kami mengenali para Masyaikh yang membawa kami untuk mengenal dan mencintaiMu Ya Allah.
Dengan melihat wajah-wajah para Masyaikh ini, ianya pasti akan membuatkan hati kita menjadi tenang.

Syukran buat ukhtah tercinta, Siti Fatimah bt Abd Ghaffar atas perkongsian gambar ini. :)

20 July 2011

~RINDUKU BERTAMU LAGI~

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Sudah lama rupanya jari ini tidak menaip di blog sendiri. Sejak akhir-akhir ini suka sangat membaca di blog orang lain. Kadangkala jelesnya banyak idea orang menulis. Tapi diri ni alahai kenapa la tak terkeluar idea. Tapi tiba-tiba teringat sewaktu menyertai bengkel penulisan, kata penceramah itu, idea ini datang bilamana jari mula menaip sesuatu. Selain itu amalkan budaya membaca. Betulkan sahabat HBBku? =)

Sewaktu balik dari kerja tadi tiba-tiba terdetik di fikiranku, terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada diri kita kan. Kalau dihitung nikmat Allah ini dengan menggunakan air laut sebagai dakwatnya, pasti tidak mencukupi untuk menulisnya. Subhanallah, banyaknya pemberian Allah pada hambaNya. Sesungguhnya Allah bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahhim.
Saya teringat pesanan senior saya ini(Tn Hj Norazman bin Mohd Samsuddin) semasa saya habis SPM. Kata beliau kalau adik-adik tak percaya yang Allah itu akan sentiasa memakbulkan permintaan kita, adik2 tulis impian adik2 dalam satu kertas kecil dan simpan dalam laci. Bila dah besar nanti adik2 buka kembali kertas2 yang adik tulis itu. Hah! Tahu apakah rasionalnya berbuat demikian? Kalau nak tahu boleh la cuba. :)

Saya tak ada laci untuk menyimpan kertas-kertas ini. Jadi saya sering menulis dalam buku-buku. Walaupun diri ini belum betul2 dewasa, bila membaca kembali impian yang ditulis, Subhanallah, betul kata senior saya ini. Allah akan memakbulkan permintaan hamba-hambanya. Allah Maha Mendengar akan apa yang kita inginkan walaupun tidak dizahirkan. Jika Allah tak bagi sekarang, mungkin Allah bagi nanti. Jika bukan nanti mungkin Allah akan bagi bonus di akhirat. Jadi, pohonlah pada Allah selalu. Allah Maha Pemberi.

Indahkan hidup ini jika kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur dan bersabar.

Apa kaitan dengan tajuk entryku kali ini?:) Sebenarnya, diri ini amat merindui satu tempat yang pernah dicoretkan dalam entry ini. Semoga impianku ini akan dimakbulkan Allah semasa jasad dan ruh masih bersatu. Allah, terimalah hambaMu ini menjadi tetamuMu di tempat yang sangat Barakah ini. Sejak akhir2 ini, terlalu ramai sahabat2ku yang sudah menjadi tetamu Allah. Kagum melihat kesungguhan mak dan abah mengumpul duit bagi menunaikan Rukun Islam yang ke5 ini. Kadang-kadang terasa sedih kerana kadangkala abah terpaksa dahulukan duit di Tabung Haji bagi membesarkan anak2 yang masih belajar ini. InsyaAllah hajat mak dan abah juga kan dimakbulkan Allah. Ini menambahkan kerinduanku untuk turut ke sana suatu hari nanti. Allahumma amin.

30 June 2011

~Kematian Itu Pasti~



Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Setiap manusia yang hidup akan menghembuskan nafas yang terakhir bila masa itu tiba. Hari itu pasti akan tiba bila sampai masanya. Bilakah ana dan antum akan meninggalkan alam dunia ini? Wallahua'lam. Hanya Allah yang tahu akan rahsia ini. Mungkin setahun lagi, mungkin sebulan lagi, mungkin seminggu lagi, mungkin sehari lagi atau pun mungkin hanya sesaat lagi????
Jadi bagaimana kita nak mati dalam husnul khatimah? Jika kita jadi mukmin yang Allah syariatkan, sudah tentu kita pulang kepada Allah dalam keadaan baik. Tapi bagaimana keadaan kita sekarang? Allahuakbar... Amal yang terlalu sedikit, dosa yang menggunung, hati yang kotor.. Apakah yang kita telah buat pada diri yang dilahirkan dalam keadaan bersih ini? Zalimmya kita pada diri.

Tapi Allah itu Maha Pengampun. Orang yang bertaubat umpama bayi yang baru lahir iaitu yang masih bersih dirinya. Namun adakah kita sentiasa bertaubat pada Allah? Allahuakbar, kita merugikan sifat Keampunan Allah ini sehinggakan kita terus melakukan maksiat, angkuh pada Allah dan merasakan diri tidak mempunyai dosa. Moga sifat-sifat ini dijauhkan dari diri kita.

Ana cukup tersentuh apabila sejak akhir-akhir ini banyak berita tentang kematian. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan para solehin. Allahumma amin. ~Al-Fatihah~ Sebentar tadi mak memberitahu sesuatu padaku sambil membula laci pakaian. "Nanti kalau ada kematian, guna kain-kain yang ada di dalam laci ini, kain batik dan kain langsir ini gunakan nanti waktu ada kematian ya." Allah, ana menjadi sebak. MasyaAllah, peringatan dari Allah buat diri yang sering lalai ini.
Semoga sempat untuk membawa bekal akhirat yang mencukupi.....
Semoga kita menjadi anak yang soleh dan mukmin yang taat..

Ana memohon kemaafan sekiranya ana ada tersalah pada sesiapa. Halalkan segala pemberian antum. Semoga syurga menjadi tempat pertemuan kita.

Ana teringat kata-kata terakhir Al-Fadhil Ust Muhadir bin Hj Joll, "Jika ini bertemuan terakhir kita, semoga syurga menjadi tempat pertemuan kita seterusnya" Allahumma amin.





28 June 2011

Adakah kita merindui Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم?

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

10 June 2011

"Ilaqah qolbiyyah rohiyyah"


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Selepas selesai solat, bacakan 7X Al-Fatihah, niatkan pahala kepada:-
  1. Rasulullah, Para Anbiya' dan Para Malaikat.
  2. Para Sahabat dan Tabi'in.
  3. Semua Para Wali Allah terutama Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Syeikh Abul Hasan Asy-Sazili, Syeikh Ahmad Badawi, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Habib Abdul Qadir as-Saqqaf, Habib Ali bin Ja'afar al-Aidrus dan semua wali yang hidup dan yang sudah meninggal dunia.
  4. Semua Fuqaha terutama Imam Hanafi,Maliki,Syafie dan Ahmad.
  5. Semua Muhaddithin terutama Imam Bukhari,Muslim,Tirmizi,Abu Daud,Ibn Majah dan Nasa'i.
  6. Semua Ulama' Islam khususnya guru-guru yang mengajar ilmu(boleh ingat nama dan muka sepintas lalu).
  7. Kepada mak ayah yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Semoga amalan ini akan melayakkan kita dikasihi oleh semua yang disebut. InsyaAllah maddad dan keberkatan mereka akan mengalir kepada kita.



~SAMPAIKANLAH~


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya

Ya Allah sampaikanlah kami di bumi yang penuh barakah ini.

Terlaluku merinduiMu Ya Allah,

Terlaluku merinduiMu Ya Rasulullah.




09 June 2011

TUNTUTLAH ILMU MELALUI TALAQI


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Rindu sekali untuk bertalaqi. Pesanan murabbi tercinta, "Janganlah antum tinggal talaqi dalam kehidupan antum. Usahakan diri antum untuk berada dalam talaqi. Jika susah untuk antum mencari talaqi di tempat antum semasa cuti ini, usahakan diri untuk hadirkan diri di majlis ilmu." InsyaAllah kita sama-sama usahakan diri kita ya teman-teman seperjuangan.

Untuk teman-teman yang ingin mengetahui pondok-pondok yang terdapat di Malaysia, bolehlah layari link ini.

Jangan juga lepaskan peluang untuk mengikuti Pengajian Kitab Munyatul Musoli karangan Syeikh Abu Daud Abdullah Al-Fathani oleh Ustaz Abdul Halim Bin Saad Al-Fathoni di TV1 Rancangan Turath Ulama pada hari selasa dan rabu jam 6.30-7.00pm.



04 June 2011

Kitab PKDPU

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.


InsyaAllah, kepada saudara/saudari yang ingin memiliki Kitab PKDPU ini, boleh dapatkan di :

  • Galeri Buku Syabab,2-03, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi ~En Yusoff: 0132046464~
  • Pustaka Darul Nu'man, Tingkat 2,Wisma Yakin, Kuala Lumpur ~0326988495/0326912645~
InsyaAllah,anda pasti tidak akan menyesal memiliki kitab ini. Untuk melihat komen-komen bagi yang sudah memiliki kitab ini, sila klik "sini".


03 June 2011

~Ahlan Ya Rejab~


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Alhamdulillah, Rejab sudah datang kembali. Alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk bertemu dgn bulan Rejab ini. Semoga bertambah amal kita semua sebagai hamba dan khalifah. Allahumma amin.
~Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan~

Jom mulakan Bulan Rejab dengan beberapa "amalan" daripada syeikhuna Ustaz Muhadir bin Hj Joll agar kita memperolehi keberkatan.

Dan ini adalah "amalan" sepanjang bulan Rejab.

01 June 2011

~Ya Badratim~




07 May 2011

IBU RATU HATIKU...



Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Marilah kita memejam mata sebentar dan gambarkan wajah ibu yang melahirkan kita.... Seorang yang menyusukan kita, menjaga dan mendidik kita sehinggalah siapa diri kita sekarang. Namun,adakah kita sudah menjadi anak yang soleh dan solehah?? Ya Allah, moga masih ada masa untuk kita berbakti kepada ibu yang masih hidup...

REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA KEDUA IBUBAPA.....


SELAMAT HARI IBU kepada mak yang amat kami sayangi,

Mak,


Terima kasih kerana membesarkan kami anak-anak mak.

Terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami dewasa.

Terima kasih kerana sentiasa memberi kasih sayang yang terlalu bermakna.

Mak,

Kami memohon maaf jika kami ada mengguris hati mak.

Kami memohon maaf jika kami ada membuat mak menangis.

Kami memohon maaf jika tindakan dan kata-kata kami kasar.


Mak,

Maafkanlah kami kerana redha Allah terletak pada redha seorang ibu.

Doakanlah kesejahteraan kami di dunia dan di akhirat.

Halalkan segala pemberian mak kepada kami.


Mak,

Kami semua amat menyanyangi mak.

MAK adalah ibu yang terbaik yang kami miliki.....

SAYANG MAK.......


Anak-anak mak,

Huzaida, Huzairi, Harmizan, Husna, Hidayah



02 May 2011

Semakin Bersedekah,Semakin Kaya


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Betapa beratnya tangan untuk memberi bilamana akal memikirkan,"Ini duit saya..." "Nanti habis la duit kalau beri pada orang lain..." Sesungguhnya Allah menjanjikan, jika kita memberi, Allah akan tambah lagi melebihi apa yang kita beri. Namun,kenapa tangan ini masih berat untuk menjadi pemberi? Sampai bila ingin menjadi penerima? Kenapa msih ragu dengan janji Allah???

Jika kita menyatakan bahawa rezeki itu milik kita seorang,kita sudah salah menggunakan nikmat Allah. Kerana di sebalik rezeki kita dapat,pasti ada milik orang lain yg Allah turunkan. Kita menjadi pengantara. Jadi marilah kita berkongsi rezeki Allah ini. Jika kita menyatakan harta kita akan habis, sudah pasti tidak akan habis, malah bertambah. Jika ia tidak banyak bertambah di dunia, pasti ia bertambah di akhirat kelak.

Ali bin Abu Talib berkata, "Pancinglah rezeki dengan bersedekah."

Nabi Muhammad berkata, "Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah," "Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah" dan "Banyakkan sedekah kerana ia dapat memanjangkan umur."

Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad berkata, "Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu. Mereeka bertanya kepada Allah, 'Wahai Allah,adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada gunung?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi'. Para malaikat bertanya lagi, 'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu air'. Para malaikat terus bertanya, 'Wahai Allah,adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada air?' Allah pun menjawab, 'Ada, iaitu angin'. Akhirnya para malaikat bertanya, 'Wahai Allah,adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu amalan anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui."

Subhanallah, ajaibnya sedekah. Semoga ia menjadi amalan kita semua. Allahhumma amin....


Photobucket