Pages

Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

12 June 2010

AWAS,MAWAR AGAMA!!!





ASAL FOTO INI INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI
sumber:
http://serikandiumar93.blogspot.com/


Wahai muslimah2 hiasan dunia,

Imbaulahlah kembali bagaimana kekasih tercinta kita yang amat kita rindui,Rasullullah mengangkat martabat kita sebagai wanita.
Tanyalah diri kita...
Adakah ini caranya kita menghargai pengorbanan Rasulullah???

"Ya Rasulullah, kami umatmu amat merindui hari pertemuan bersamamu, Kami bersyukur kerana terpilih menjadi umatmu. Kami amat berharap syafaatmu di akhirat kelak. Ya Allah, ampunilah dosa2 kami."

Adakah kita lupa betapa bimbangnya Rasulullah pada kita kerana baginda melihat sendiri ramainya wanita yang menderita di neraka. Jauhilah diri kita dan para muslimah yang lain dari seksa api neraka yang sangat pedih.

Wahai wanita hiasan dunia,
Marilah kita renungi pesanan junjungan Nabi Muhammad saw kepada kita dan sedaya upaya kita cuba untuk tidak menjadi bahan bakar.

"Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan (seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.)

2. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

3. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

5.Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama (iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.)

Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Wahai kuntuman mawar sekalian,
Sedarlah dari dibuai kemewahan duniawi yang sementara.Semuanya hanya mainan semata-mata, ayuh bawa hatimu kepada Tuhan, pasti akan kau temui kebahagiaan yang hakiki. Duhai muslimah, ingatlah bahawa engkau ibarat permata berharga di tengah lautan, hanya insan yang terpilih mampu memilikimu.
Pagari dirimu dengan duri yang tajam, kebalkan hatimu duhai mawar agama, keraskan hatimu melawan nafsu.