Pages

Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

19 December 2009

USRATI MAHBUBATI

Tunggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. Tanpa usrah yang betul, matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan tidak akan tercapai.

Apa Itu Usrah?

Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebbabkan kadang-kadang hubungan sesama anggota usrah adalah lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.
Usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan usrah.

"Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran."
(Al-Asr 103;3)

Tujuan Usrah

1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah S.W.T.
2. Membentuk pemikiran dan tindakan yang selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
3. Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
4. Membentuk peribadi Muslim,keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
5. Merapatkan ukhuwah dan kasih sayang di kalangan ahli.
6. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati di kalangan ahli.
7. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini.
8. Dapat menguji dan melatih bakat dan kebolehan ahli masing-masing.

Perjalanan usrah yang megikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang mempunyai peribadi yang unggul dalam melaksanakan kerja-kerja peribadi dan kerja-kerja Islam.