Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

06 June 2010

HARI INI.............


Hari ini hari lahirku,
hari ini bertambah lagi usiaku,
hari ini bertambah jua tanggungjawabku,
hari ini akan menjadikan diriku lebih matang dek ujian yang akan mendatang,
hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakku denganNya,
hari ini semakin berkurang tempoh untuk beramal,
hari ini semakin kubur mempersiap tempat untukku,
hari ini semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,
hari ini semakin dekat masa amalan dapat dihitung,
hari ini semakin hampir haruman FIRDAUS @ azabnya JAHANAM....

"Ya Allah,kau ampunilah kedua ibubapaku dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sejak aku kecil."

Terima kasih khas buat mak,abah,kak,abg chaq,abg cik,kak na...


Buat sahabat2 yang amat ana kasihi,

Ana ingin sahabatku tahu yang ana telah jadikan kalian sebahagian dari kecintaanku, tidak lain adalah kerana Allah,
Ana ingin sahabatku mengerti yang ana perlu doa dari sahabat2 agar tetap kakiku di jalan ini,
Ana ingin sahabatku faham, ana punya banyak kelemahan yang terkadang melukai dan membuatkan sahabat2 tidak senang dengan ana,
Jadi,wahai sahabat2 yang dirimu sentiasa di hati, ampunilah tiap khilafku, mungkin tidak mampu untk ana hilangkan parut luka hatimu,tapi ana sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi,dalam payah dan senangmu kerana persahabatan kita tertaut demi cintaNYA....

p/s: SANAH HELWAH juga buat Principal yang sangat disayangi,MDM ASMEZA dan Sahabat beseri yang amat dirindui,ASHAKINA HARUN.

Photobucket