Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

07 August 2010

SEINDAH MAWAR BERDURI


Alhamdulillah, akhirnya ana dapat luangkan masa bersama kakak2 tercinta, kak min dan kak sufi di uia gombak. Dapat merasa sebentar menjadi pelajar maincampus.=) Semoga kami yang belajar di cfs akan selamat meneruskan perjuangan di maincampus. InsyaAllah. Doakan kami ya.

Post kali ini,ingin sekali ana coretkan pesanan buat mawar-mawar agama.

Bila disebut perkataan mawar,pasti kita akan terfikir kecantikan dan wangian mawar itu. Ingin sekali ana ibaratkan insan yang bergelar perempuan sebagai mawar. Sungguh indahkan perempuan itu. Disebabkan perkara inilah perempuan itu perlu memelihara diri kerana penuh dengan fitnah.



Bunga mawar selalu diberi oleh pak we kepada mak we nya bukan. Sebagai tanda apa? Sebagai tanda penghargaan bahawa si dia cantik seperti mawar. Sudah pasti perempuan akan rasa teruja. Buat teman2 yang temannya diberi bunga,pasti akan terdetik perasaan jealous kerana kita tidak punya insan yang dapat memberi bunga kepada kita. Tetapi awas! Kalau itu yang diberikan oleh insan yang bergelar pak we sebagai tanda ikatan percintaan yang terjalin,maksudnya anda sudah tertipu. Cuba kita lihat sekuntum bunga akan cepat layu bukan? Jadi,kisah percintaan yang terjalin itu akan menjadi seperti sekuntum mawar yang akan layu itu bukan?

Hakikat yang sebenarnya, diri perempuan itulah mawar yang sangat indah. Tetapi bergantung bagaimana perempuan itu mencorakkan dirinya.

Kalau kita hanya memiliki paras rupa yang cantik,itu tidak mencukupi wahai mawar-mawar agama. Kita perlu memiliki pertahanan diri bak duri yang ada pada bunga mawar. Hiasilah diri kita dengan akhlak yang terpuji.

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri,
Jangan biarkan dirimu menjadi bunga yang hanya indah
tetapi sayang tidak berduri
Duri mawar itu ditasybihkan dengan
perbatasan aurat,akhlak dan al-haya'



Kepada si MAWAR yang disayangi,
Ku doakan dirimu MEKAR di taman,
Diakari rasa berTUHAN,
Dihiasi haruman AKHLAK dan IMAN,
Kerana itulah UKURAN,
JELITAnya seorang PERAWAN.

05 August 2010

TANDA-TANDA JATUH CINTA



Menurut hadis,orang yang sedang jatuh cinta lebih cenderung untuk selalu mengingati dan menyebut orang yang dicintainya.

Sabda Rasulullah, "Barang siapa yang mencintai sesuatu akan kerap menyebut tentang yang dicintainya."

Sabda Rasulullah, "Barang siapa yang mencintai sesuatu akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya."

1. Lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibandingkan dengan yang lain.

Peringkat pertama apabila anda menyukai sesuatu anda akan sering mengingatinya. Ingatan itu akan menyebabkan lisan sering berbicara hal-hal mengenainya. Kesukaan itu akan mendorong anda untuk menyimpan segala maklumat yag berkaitan dengan yang dicintai. Ia adalah dorongan semula jadi yang sememangnya tidak perlu dipaksa lagi.

2. Lebih suka berkumpul dan bersama dengan yang dicintai dibandingkan dengan yang lain.

Peringkat kedua apabila anda senang atau suka pada sesuatu, anda pasti akan senang duduk bersamanya. Sekalipun tanpa bicara atau kata-kata, perasaan suka dan senang itu tetap mengalir apabila mata anda memandangnya. Jarak itu memainkan peranan untuk mengalirkan perasaan bahagia dan tenteram. Kerana dekat itu menjadikan anda merasai kewujudan yang dikasihi.

3. Lebih suka mengikut kemahuan yang dicintai dibandingkan kemahuan orang lain atau diri sendiri.

Peringkat ketiga apabila anda mencintai sesuatu anda akan melalukan apa yang disukai oleh kekasih. Meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Anda langsung tidak mahu melukakannya sekalipun dia tidak di sisi anda. Jujur dan ikhlas dalam mencinti sekalipun tanpa kekasih melihat apa yang anda lakukan. Ini adalah peringkat yang tertinggi dan disebut juga sebagai ehsan. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah, denggan membaca firmanNya, lebih suka bercengkerama dengan Allah dalam iktikaf dan lebih suka mengikuti perintah Allah daripada perintah yang lain.

Bagaimana dengan diri kita? Nama siapakah yang kita kerap sebut setiap hari? Dengan siapakah kita lebih senang duduk bersama? Keinginan dan larangan siapakah yang selalu kita lakukan? Daripada persoalan ini lita akan mengetahui siapakah sebenarnya yang anda cintai.

Allahkah yang dicintai?
Manusiakah yang dicintai?
Atau nafsu serakah yang dicintai?

29 July 2010

PERMATA HATI..





Islam meletakkan amanah yang besar untuk mendidik anak-anak. Anak-anak yang diibartakan sebagai harta perlu dijaga sebaik mungkin. Jika dijaga dan dipelihara dengan baik, harta itu akan menjadi ”hiasan hidup” yang berharga, jika salah didikan akan pula menjadi ”musuh orang tuanya” (QS 64:14) dan “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia… (Al-Kahfi: 46).

Islam memandang dunia kanak-kanak penuh dengan keindahan dan mempesonakan. Agar keindahan dan keterpesonaan itu tidak menyebabkan kanak-kanak leka dan membesar dalam suasana tanpa memahami adab, Islam mengamanahkan ibu bapa agar memberikan perhatian, panduan dan bimbingan. Jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak diselubungi keterpesonaan melampau, kanak-kanak membesar dalam suasana yang timpang dan berbahaya. Kanak-kanak akan mengambil tindakan berdasarkan rasa dan gerak naluri semata-mata. Akan menyebabkan terjerumus ke lembah bahaya dan penuh kepura-puraan.



Rasulullah s.a.w menganjurkan agar kita menghormati anak-anak dengan memberi didikan dengan sebaik mungkin. Allah s.w.t menberi rahmat kepada seseorang yang menbantu anaknya sehingga anak itu dapat berbakti kepadanya. Ada seorang sahabat bertanya; ”Bagaimana cara menbantunya? Jawab Baginda, ”Menerima segala usahanya walaupun kecil,memaafkan kesilapannya, tidak membebaninya dengan beban yang berat, dan tidak pula memaki sehingga melukai hatinya.”
Kita sering mendengar ibu bapa mengeluh tentang anak-anak yang nakal, degil dan tidak “mendengar kata. Sehingga keluar kata-kata seperti “memang dasar anak degil”, “anak syaitan” atau lain-lain perkataan yang tidak baik daripada mulut ibu bapa sendiri. Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa kedegilan anak-anak itu adalah berpunca daripada salah asuhan mereka sendiri.

Prof Dr. Hamka menjelaskan cara terbaik mendidik anak ialah: ”Hendaklah perjalanan hidupmu dengan anak-anakmu lurus dan pertengahan.Hendaklah kamu menjadi kaca yang jernih dan bercahaya untuk ditilik oleh anak-anakmu,Jauhkan dirimu daripada perbuatan tercela.”

Anak-anak mudah meniru. Orang tuanya merupakan idolanya. Apabila melihat kebiasaan baik daripada kedua-dua orang tuanya, kanak-kanak dengan cepat mahu mencontohinya. Dunia anak adalah dunia permainan. Dengan bermain dan berhubung dengan mereka secara tidak langsung kita juga mendidiknya. Justeru itu Rasulullah s.a.w menekankan pentingnya bermain bersama anak. Sabda baginda yang bermaksud: ”Siapa yang mengembirakan hati anaknya, maka ia bagaikan memerdekakan hambanya. Siapa yang bergurau untuk menyenangkan hatinya, maka ia bagaikan menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.”


“…Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati.” (Al-Furqan: 74)

28 July 2010

Kita sudah kembali ke zaman jahiliyah?




Kita sudah kembali ke zaman jahiliyah?

Adakah kita terfikir perkara ini?
Bukankah kita sekarang berapa dalam era moden yang canggih?
Sebenarnya kita sudah berada dalam era yang lebih teruk dari zaman jahiliyah.

Ingin sekali ana bawakan diri kita agar melihat beberapa perbezaan yang menjadi kita sekarang lebih teruk dari zaman jahiliyah;

Zaman Jahiliyah VS Zaman Sekarang


1.Memudaratkan diri dengan meminum arak VS Memudaratkan diri dengan arak,dadah,gam,merokok dan banyak lagi

2.Merogol wanita yang tiada kaitan dengan dirinya VS Merogol wanita yang mempunyai kaitan dengan dirinya; Ayah merogol anak, abang merogol adik, datuk merogol cucu

3.Membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan VS Membunuh anak lelaki dan perempuan

4.Menanam anaknya hidup2 di dalam tanah VS Tidak lagi menanam anaknya di dalam tanah malah membuang anak ibarat sampah dan najis

5.Menjadikan orang miskin sebagai hamba abdi VS Menjadikan ibubapa sebagai orang gaji

MasyaAllah, adakah kita perasan tentang keadaan yang melanda pada zaman ini. Adakah ini yang dinamakan era globalisasi? Marilah kita bermuhasabah kembali bagaimana kita menggunakan kecanggihan pada era moden ini?

Sungguh benar janji Allah dalam Al Quran;

“ Baginya manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya begiliran,dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”
(Surah Ar-Ra’d:13;11)


Ingin kita melihat Rasulullah sedih? Sudah pasti kita tidak sanggup melihat kekasih Allah ini bersedih bukan. Sedangkan Rasulullah amat mengasihi kita sebagai umat Baginda. Ingatkan pada diri kita bahawa kita adalah umat Rasulullah. Umat yang akan mendapat syafaat Baginda.

Marilah kita membentuk peribadi mukmin dalam diri kita agar kita dapat mendidik keluarga kita dan seterusnya mendidik masyarakat kita. InsyaAllah. Mari kita mulakan dari diri kita dahulu.

SELAMAT BERMUJAHADAH……


26 July 2010

MASA LAPANG..




“Akak ada program lagi minggu ni? Tiap2 minggu akak ada program”


Inilah pertanyaan yang sering dilontarkan kepada siapa yang memanfaatkan cutinya dengan program2 yang berfaedah. Kenapa kita perlu memanfaatkan hujung minggu kita? Cuba kita fikir, apa yang kita akan buat pada hujung minggu yang tiada kleas dan kuliah? Adakah kita betul2 manfaatkan masa lapang itu dengan kita menelaah pelajaran? Sudah tentu tidak bukan, kita akan habiskan hujung minggu dengan tidur,main game,tengok cerita dan lain2.

InsyaAllah,cara paling berkesan agar kita gunakan hujung minggu dengan berfaedah ialah dengan mengikuti program2. Subhanallah, terlalu banyak program2 yang dianjurkan oleh semua pihak pada hujung minggu. Cuma terletak kepada kemahuan dan kesungguhan kita untuk mencari dan mengikutinya.


Masih ingat pesanan Rasulullah kepada kita agar kita mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara? Salah satunya ialah MASA LAPANG SEBELUM SEMPIT.

Masih ingat perkara yang akan disoal oleh Allah nanti? Salah satunya ialah NIKMAT MASA yang diberikan.

Masih ingat kata2 bahawa jika ingin melihat seseorang itu, lihatlah apa yang dibuat oleh seseorang itu pada MASA LAPANGnya.

Penting kan memanfaatkan masa lapang kita. Pilihan berada di tangan setiap individu. Adakah kita ingin memanfaatkan masa lapang dengan perkara yang berfaedah atau memanfaatkan masa lapang dengan perkara yang tidak berfaedah?

Wahai diri yang kerdil ini dan sahabat2, marilah kita bermuhasabah kembali bagaimana kita menggunakan nikmat masa yang Allah berikan kepada kita. Semoga kita dapat memenfaatkan masa lapang kita sebaiknya. IsyaAllah.

22 July 2010

BERSEMANGATLAH WAHAI MUJAHID MUJAHIDAH



Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu orang beriman.
(Al Imran;139)


Wahai mujahid mujahidah,

Antum adalah penyambung rantai perjuangan Rasulullah,
Antum adalah ikutan pada yang lain,
La takaf wa la tahzan, Innallah ha ma'ana...
Jangan gelisah dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama2.

Teruskan Perjuangan,
Perjuangan kita hanya secebis sahaja berbanding Rasul dan Sahabat,
InsyaAllah, kita semua mampu menghadapinya.


20 July 2010

NOSTALGIA...



Nostalgia
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat



Ana rindu sangat pada sahabat2 yang telah selamat masuk ke maincampus... Hujung minggu lepas sahabat2 ana berkumpul bersama2 bagi mengeratkan ukhuwah yang telah terjalin. Ana teringin sangat nak bersama2 mereka kerana terlalu menggunung perasaan rindu ini pada mereka.

Ana masih ingat mesej2 yang sahabat2 hantar sebelum mereka mendaftar di maincampus.
"Dayah,kami pergi kuantan dahulu ya. Dayah jangan putus asa. Teruskan perjuangan. Kami akan sentiasa tunggu dayah..."

Betapa sebaknya hati ana saat itu bila merasakan Allah akan pisahkan kami sebentar bagi meneruskan perjuangan masing2. Ingin sekali ana berada bersama2 mereka. Tetapi ana tahu perancangan Allah adalah terbaik. Mungkin Allah nak hadiahkan kerinduan yang amat menggunung ini.

Sahabat,antum sangat bermakna buat diri ini. Terlalu banyak kenangan kita bersama yang sukar dihakis dari ingatan ana.

Hati ana semakin sebak dan kerinduan semakin menggunung apabila ana sampai di Madrasah Rahmaniah pada hujung minggu lepas. Kaki ana sangat berat nak melangkah ke madrasah itu kerana terlalu banyak memori kita bersama. Subhanallah, terlalu besar nikmat ukhuwah yang dipinjamkan Allah. Bila ana memandang setiap sudut di madrasah,pasti wajah sahabat2 akan hadir dan membuatkan hati ana bertambah sebak.

Apabila ana memandang dewan dan surau ana terkenang di situlah kita melaksanakan program. Di dapur pula,terkenang sahabat2 yang suka berlawak sambil memasak dan menghabiskan makanan. Di taman permainan terkenang kita berebut untuk bermaian.Terbayang wajah ayu yang tak penat menghayunkan buaian. Diserikan lagi dengan gelak ketawa. Subhanallah,indah sungguh. Bila ana menjejakkan kaki di dalam rumah tempat sister tidur, lagilah hadir wajah sahabat2. Ana tak lepaskan peluang untuk melihat tempat kita beriadah, di situ membuatkan ana lama memandang. Satu persatu tergambar permaiann kita main yang diketuai oleh fazilah. Ana senyum dalam tangisan...

Sahabat,ingin sekali ana bersama2 antum. Ana amat menyayangi sahabat semua. Doakan ana ya.

Photobucket