Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

20 July 2010

NOSTALGIA...



Nostalgia
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat



Ana rindu sangat pada sahabat2 yang telah selamat masuk ke maincampus... Hujung minggu lepas sahabat2 ana berkumpul bersama2 bagi mengeratkan ukhuwah yang telah terjalin. Ana teringin sangat nak bersama2 mereka kerana terlalu menggunung perasaan rindu ini pada mereka.

Ana masih ingat mesej2 yang sahabat2 hantar sebelum mereka mendaftar di maincampus.
"Dayah,kami pergi kuantan dahulu ya. Dayah jangan putus asa. Teruskan perjuangan. Kami akan sentiasa tunggu dayah..."

Betapa sebaknya hati ana saat itu bila merasakan Allah akan pisahkan kami sebentar bagi meneruskan perjuangan masing2. Ingin sekali ana berada bersama2 mereka. Tetapi ana tahu perancangan Allah adalah terbaik. Mungkin Allah nak hadiahkan kerinduan yang amat menggunung ini.

Sahabat,antum sangat bermakna buat diri ini. Terlalu banyak kenangan kita bersama yang sukar dihakis dari ingatan ana.

Hati ana semakin sebak dan kerinduan semakin menggunung apabila ana sampai di Madrasah Rahmaniah pada hujung minggu lepas. Kaki ana sangat berat nak melangkah ke madrasah itu kerana terlalu banyak memori kita bersama. Subhanallah, terlalu besar nikmat ukhuwah yang dipinjamkan Allah. Bila ana memandang setiap sudut di madrasah,pasti wajah sahabat2 akan hadir dan membuatkan hati ana bertambah sebak.

Apabila ana memandang dewan dan surau ana terkenang di situlah kita melaksanakan program. Di dapur pula,terkenang sahabat2 yang suka berlawak sambil memasak dan menghabiskan makanan. Di taman permainan terkenang kita berebut untuk bermaian.Terbayang wajah ayu yang tak penat menghayunkan buaian. Diserikan lagi dengan gelak ketawa. Subhanallah,indah sungguh. Bila ana menjejakkan kaki di dalam rumah tempat sister tidur, lagilah hadir wajah sahabat2. Ana tak lepaskan peluang untuk melihat tempat kita beriadah, di situ membuatkan ana lama memandang. Satu persatu tergambar permaiann kita main yang diketuai oleh fazilah. Ana senyum dalam tangisan...

Sahabat,ingin sekali ana bersama2 antum. Ana amat menyayangi sahabat semua. Doakan ana ya.

6 comments:

aisyahiman said...

yang indah itu hidup dlm kenangan...
mungkin haluan kte berlainan tp tetap menuju matlamat yg sme...
matlamat itu la yg menghubungkan hati2 kte..

DAKWATUNNISA said...

To aisyahiman:
Allahumma amin... mg ikatan hati ini akan diberi rahmat oleh Allah hingga ke syurga.. Rindu sahabat2...Doakan dayah ya.

alFaqirah ilAllah.. said...

salam buat adinda yang disayangi lagi dirindui...
dik, bila hati telah yaqin pada Allah, maka serahkanlah segalanya pada ketentuanNya. Dia Maha Penyayang, Maha Mengatur tiap sesuatu dlm kuasaNya.
teruskan perjuanganmu adikku, jangan sesekali mundur bila sahabat2 tiada di sisi.kerana perjuangan dn jihad itu bukan kerana kawan, sebaliknya kerana aqidah yang Satu.
akak akan sentiasa doakan adik di sana.
jaga diri, mantapkan ilmu dan kefahaman. mg dikau temui sinar dan jalan penerang yang diredhaiNya..salam sayang seutuh ukhwah fillah lillah...
akak tunggu hidayah di kuantan, 2011...
wssalam

Anonymous said...

Salam kak dayah

xsngka disebalik kegembiraan n gelak tawa yang akak dayah tunjukkan semasa di madrasah ar-rahmaniah terselindung 1001 kesedihan n kenangan buat akak..
maafkan kami xmengerti n xdapat membaca perasaan akak....

--fatihah--

DAKWATUNNISA said...

To kak ma
Jazakillah ya uktie. Semoga dayah sekuat kak ma. Sayang kak ma.

To Fatihah,
InsyaAllah dik,adik2 membuatkan akak cukup gembira. Akak sangat sayang pada adik2.

ayu said...

salam..bkn dayah je yg rindu tp ayu pn mcm 2...walau kte jauh nmun ukhwah kerana ALLAH telah mndekatkn hati2 kte

Post a Comment

Photobucket