Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

22 May 2010

GURUKU........


CIKGU....
TEACHER.....
USTAZ....
USTAZAH....
MADAM...
SIR....

Apapun panggilan yang kita gelar pada orang yang pernah mengajar kita, mereka semua adalah GURU kita.
Yang sentiasa mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan jemu.
Mereka bukan sahaja mendidik kita agar menjadi pelajar yang cemerlang pelajarannya, namun mereka mendidik kita menjadi insan yang memiliki peribadi yang mulia.
Kita dianggap sebagai anak-anaknya.

Guru,terima kasih atas segala didikan yang diberikan.

Ana ingat lagi pesanan guru ana,"Bila dah berjaya jgan lupa kami ya". Ana akui walaupun guru mempunyai anak-anak murid yang sangat ramai. sebenarnya mereka tak pernah lupakan kita,kita yang selalu lupakan mereka.

Dan ana terharu buat guru2 yang sentiasa mengambil tahu perkembangan diri ana dan sentiasa doakan ana. Terima kasih!!!

Janganlah sesekali kita lupakan guru kita. Tanpa mereka,kita tidak akan menjadi orang yang berilmu.
Doakanlah kesejahteraan mereka.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG PERNAH MENDIDIK ANA.

04 May 2010

~KEJAYAAN KITA,KEJAYAAN ISLAM JUA~


Teringat ana pada kata-kata naqibah ana bila menjelang peperiksaan, "anti,kejayaan anti dalam peperiksaan merupakan kejayaan Islam jua"
Betul kata-kata itu kerana kita menjadi cermin kepada Islam. Jadi usahalah bersungguh-sungguh agar kejayaan yang kita kecapi nanti akan turut menaikkan agama Islam.
Kata pepatah arab, "man jadda wa jadda...man zaraa'a hasoda..." Siapa berusaha dia berjaya, Siapa menanam dia menuai hasilnya"
Kepada semua sahabat2 yang sedang bermujahadah untuk peperiksaan yang baru bermula, SALAM IMTIHAN daripada dakwatunnisa.blogspot.com.


25 April 2010

Selami rasa hati dan semangat juang seorang isteri Syuhada'(bhgian2)


"Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu." (Surah Muhammad;31)

Demikian janji-janji Allah. Masakan kita dah kata kita dah beriman sedangkan kita belum diuji. Jadi,ujian merupakan penentuan sama ada kita akan lulus atau gagal. Orang yang memiliki keimanan dalam diri akan rasa nikmat pada ujian yang diberi oleh Allah kerana tidak ada sedikit pun perasaan berprasangka pada Allah. Dan yakin Allah hanya berikan yang terbaik buat hambanya.

Mari kita ambil contoh Ummu Muhammad yang ana ceritakan sebelum ini. Ummu Muhammad juga merupakan seorang wanita seperti wanita-wanita yang lain. Tetapi apa yang membezakan kita dengan beliau? Yang membezakan kita adalah keimanan dan ketaqwaan pada Allah. Setelah suaminya syahid,beliaulah yang meneruskan kerja-kerja dalam mendidik anak-anak dan kerja-kerja jihad untuk mempertahankan masjid Al-Aqsa.

Dari mana kekuatan yang diperolehi oleh Ummu Muhammad? Sudah tentu kekuatan hasil dari keakraban dirinya pada Allah. Jika kita berjalan menuju Allah,Allah akan berlari menuju kita. Betapa kasihnya Allah pada kita. Allah sesekali tidak akan meninggalkan kita, tetapi kita yang lari meninggalkan Allah.

Ummu Muhammad yakin bahawa beliau sedang dianugerahkan sesuatu yang berharga oleh Allah. Inilah semangat orang Palestin,hanya inginkan syahid dalam mempertahankan Islam. Walau diuji dengan kehilangan suami tercinta, semangat juang tak pernah terhakis dari jiwa Ummu Muhammad. Malah beliau meneruskan apa yang telah mereka perjuangkan selama ini.

Apabila anak-anak beliau bertanyakan kenapa ayah mereka pergi terlalu awal, Ummu Muhammad tidak akan menitiskan airmata malah memberi semangat buat anak-anak beliau.
Jika kita melihat wajah Ummu Muhammad dan anak-anaknya,tidak dapat dilihat wajah kesedihan malah wajah mereka tenang sekali. Alhamdulillah,inilah hasil kesabaran Ummu Muhammad dalam mendidik anak-anak beliau.

Kenapa perlu ada ujian untuk menentukn tahap keimanan kepada Allah? Kerana bila kita ditimpa musibah,kita akan mengadu dan merintih pada Allah memohon pertolongan. Allah rindu pada rintihan hamba-hambaNya. Bila kita mengadu pada Allah, hati kita pun rasa sangat dekat dengan Allah. Akan terbit rasa indah jika dekat dengan Allah. Ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah. Beruntunglah bagi siapa yang bersabar.

Wahai muslimah-muslimah, bangunlah kita kerana hakikatnya kita kuat jika keimanan dalam diri dipertingkatkan. Tingkatkan keimanan kerana dari rahim kitalah akan lahir generasi-generasi perjuang agama. Jangan tangguh untuk berubah,mulalah dari sekarang agar ia menjadi akhlak kita. Semoga menjadi wanita solehah. InsyaAllah.

24 April 2010

Selami rasa hati dan semangat juang seorang isteri Syuhada'(bhgian1)



InsyaAllah, ana akan ceritakan kisah seorang isteri Syuhada'. Nama beliau ialah ummu Muhammad, merupakan isteri kepada seorang Syuhada',Izzudin Khalil. Izzudin Khalil merupakan seorang perjuang tertinggi Hamas. Izzudin Khalil syahid pada 26 September 2004 apabila dibom oleh Zionis.

Mereka sekeluarga pernah di halau dari bumi Palestin. Sekarang Ummu Muhammad dan tiga orang anaknya tinggal di Syria bersama-sama dengan perlarian yang lain.

Ummu Muhammad menceritakan dua kejadian sebelum suaminya syahid. Apabila suaminya sedang bertemu beberapa ikhwah,ummu Muhammad terlihat di kening suaminya tertulis kalimah "SYAHID" dan kalimah itu bercahaya. Apabila beliau memberitahu apa yang dilihatnya kepada suami beliau, Izzudin Khalil terus sujud syukur kepada Allah semoga itu adalah pertanda baik. Beberapa minit sebelum suaminya syahid, seorang jiran tetangga datang mengetuk pintu rumah beliau lalu bertanya,"Wahai Ummu Muhammad,wangian apa yang kamu sembur dirumah kamu sehingga wangiannya hingga ke rumahku?" lalu Ummu Muhammad menjawab dengan kehairanan,"Saya tidak menyembur wangaian apapun dirumahku".

Beberapa minit kemudian,Ummu Muhammad terdengar satu ledakan di kereta suami beliau. Lalu,Ummu Muhammad terus memakai Jilbabnya untuk keluar memastikan adakah yang syahid itu adalah Izzudin Khalil, ternyata suaminya telah syahid. Sebelum beliau menelefon saudara dan ahli keluarga, Ummu Muhammad mengambil wuduk dan menunaikan solat tanda syukur dan berdoa agar syahid suami beliau diterima Allah.
Ketika itu Ummu Muhammad berumur 29 Tahun. Ummu Muhammad berpesan kepada tetamu yang datang menziarahi jenazah Izzudin Khalil agar tidak mengeluarkan air mata kerana beliau sedang dianugerahkan hadiah yang begitu besar dari Allah.

Pada malam pertama kehilangan suaminya, beliau berdoa agar dapat bertemu dengan Izzudin Khalil dalam mimpi beliau,namun beliau tidak dapat tidur begitu juga pada malam kedua. Pada malam ketiga beliau tertidur lalu Alhamdulillah,beliau dapat bertemu suami tercinta di dalam mimpi. Ummu Muhammad melihat suaminya berada dalam keadaan tenang lalu soalan pertama yang beliau tanya ialah adalah suami beliau reda ke atas dirinya. Itu yang lazim Ummu Muhammad dan Izzudin Khalil bertanya sesama mereka, "Adakah kamu wahai suamiku meredaiku pada hari ini?" begitulah sebaliknya Izzudin Khalil akan bertanya pada Ummu Muhammad. Sesunguhnya reda seorang isteri terletak pada reda suaminya.

21 April 2010

Semoga Thabat di Jalan Perjuangan


"Ya Allah,sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlngkanlah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaaku membuatku jauh dari Islam dan perjuangan,maka kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku"

Dalam jauh sebuah perjuangan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan... Kadang2 kecemerlangan gagal dicapai,namun itulah ujian dalam mencari iman yang teguh.
Yakinlah pada janji Allah sahabt2 seperjuangan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong(agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".

Semoga terus bersabar dalam perjuangan. Peringkat sabar yg tertinggi ialah apabila kita ditimpa musibah, kita masih boleh bersenyum.


Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

15 April 2010

Marilah Menjadi Wanita Cantik....


Bila disebut wanita,pasti ramai memikirkan seorang yang cantik,yang memikat hati apabila dipandang. Bahkan kini pelbagai fesyen untuk wanita nampak cantik. Tapi wanita, mengapa inginkan kecantikan yang dipuji-puji oleh manusia. Adalah pujian itu akan kekal sehingga di padang mashyar kelak? Sudah pasti jawapannya TIDAK. Islam sangat pentingkan kecantikan,tetapi kecantikan yang diredai Allah. Bagaimana? Ikutlah syarat-syarat dari Allah,nescaya cantiklah kita.

Wanita cantik menurut Allah adalah:
1. Melukis kekuatan melalui masalahnya
2. Tersenyum di saat tertekan
3. Tertawa di saat hati sedang menangis
4. Tabah di saat terhina
5. Mempesona kerana memaafkan
6. Mengasihi tanpa meminta balas
7. Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

Jadilah sebaik2 mawar agama../(^_^)\

13 April 2010

GIVE UP???

“Anti,ana dah putus asa la nak teruskan kerja2 dakwah ni. Banyak sangat rintangannya.”

Berada di jalan dakwah bermaksud kita bersedia untuk merentasi onak duri yang menunggu kita. Kenapa perjuangan itu pahit? Kerana kita akan dapat sesuatu yang amat indah iaitu syurga Allah. Ana teringat sahabat ana berpesan “ sepahit mana pun ubat,mesti ditelan untuk sembuh”.
Sebenarnya yang memerlukan dakwah ini adalah diri kita,dakwah itu tetap akan berjalan tanpa kita. Tapi kalau kita tak turut serta,rugilah kita kerana kita tahu Islam itu akhirnya akan menang. Allah bagi peluang untuk kita menyambung perjuangan Rasulullah,ambillah peluang ini. Takut2,peluang ini tak akan hadir lagi buat kita. Rugikan kita.

Ingatlahlah janji Allah pada kita; “Barangsiapa yang menolong agama Allah,pasti Allah akan menolongnya semula”.

Never give up!!!

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……”(Al-Baqarah;286)

Jika semalam jalan yang kita tempuh terasa sukar,
Namun kita Berjaya melaluinya dengan pertolongan dariNya,
Jika terasa jalan hari ini terlalu sukar ditempuh,
Yakinlah Allah bersama-sama kita tika ini,
Jika esok kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri,
Percayalah Allah dan pertolonganNya bersama-sama dengan kita….
Photobucket