Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

25 April 2010

Selami rasa hati dan semangat juang seorang isteri Syuhada'(bhgian2)


"Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu." (Surah Muhammad;31)

Demikian janji-janji Allah. Masakan kita dah kata kita dah beriman sedangkan kita belum diuji. Jadi,ujian merupakan penentuan sama ada kita akan lulus atau gagal. Orang yang memiliki keimanan dalam diri akan rasa nikmat pada ujian yang diberi oleh Allah kerana tidak ada sedikit pun perasaan berprasangka pada Allah. Dan yakin Allah hanya berikan yang terbaik buat hambanya.

Mari kita ambil contoh Ummu Muhammad yang ana ceritakan sebelum ini. Ummu Muhammad juga merupakan seorang wanita seperti wanita-wanita yang lain. Tetapi apa yang membezakan kita dengan beliau? Yang membezakan kita adalah keimanan dan ketaqwaan pada Allah. Setelah suaminya syahid,beliaulah yang meneruskan kerja-kerja dalam mendidik anak-anak dan kerja-kerja jihad untuk mempertahankan masjid Al-Aqsa.

Dari mana kekuatan yang diperolehi oleh Ummu Muhammad? Sudah tentu kekuatan hasil dari keakraban dirinya pada Allah. Jika kita berjalan menuju Allah,Allah akan berlari menuju kita. Betapa kasihnya Allah pada kita. Allah sesekali tidak akan meninggalkan kita, tetapi kita yang lari meninggalkan Allah.

Ummu Muhammad yakin bahawa beliau sedang dianugerahkan sesuatu yang berharga oleh Allah. Inilah semangat orang Palestin,hanya inginkan syahid dalam mempertahankan Islam. Walau diuji dengan kehilangan suami tercinta, semangat juang tak pernah terhakis dari jiwa Ummu Muhammad. Malah beliau meneruskan apa yang telah mereka perjuangkan selama ini.

Apabila anak-anak beliau bertanyakan kenapa ayah mereka pergi terlalu awal, Ummu Muhammad tidak akan menitiskan airmata malah memberi semangat buat anak-anak beliau.
Jika kita melihat wajah Ummu Muhammad dan anak-anaknya,tidak dapat dilihat wajah kesedihan malah wajah mereka tenang sekali. Alhamdulillah,inilah hasil kesabaran Ummu Muhammad dalam mendidik anak-anak beliau.

Kenapa perlu ada ujian untuk menentukn tahap keimanan kepada Allah? Kerana bila kita ditimpa musibah,kita akan mengadu dan merintih pada Allah memohon pertolongan. Allah rindu pada rintihan hamba-hambaNya. Bila kita mengadu pada Allah, hati kita pun rasa sangat dekat dengan Allah. Akan terbit rasa indah jika dekat dengan Allah. Ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah. Beruntunglah bagi siapa yang bersabar.

Wahai muslimah-muslimah, bangunlah kita kerana hakikatnya kita kuat jika keimanan dalam diri dipertingkatkan. Tingkatkan keimanan kerana dari rahim kitalah akan lahir generasi-generasi perjuang agama. Jangan tangguh untuk berubah,mulalah dari sekarang agar ia menjadi akhlak kita. Semoga menjadi wanita solehah. InsyaAllah.

3 comments:

.:: نورحبيب ::. said...

bestkn jdik syuhadak
ayuh kita doa agar kta dpt jdik assyahidah

DAKWATUNNISA said...

To PENCINTA SAKINAH:
InsyaAllah, sama2 kita doakan.=)

ainhany said...

salam dakwatunisa,

salam ukhuwah

subhanallah ...mantapnya mereka apabila Quran mnjadi bacaan harian dan jiwa yakin pada ALLAH
satu muhasabah buat diri yg alpa..

Post a Comment

Photobucket