Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

03 February 2011

Kasihnya Allah Pada Kita


Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua yang masih menerima nikmat Allah yang sangat banyak ini.

Subhanallah.... Saudaraku, mari kita lihat depan,belakang,kanan,kiri,atas,bawah. Banyakkan nikmat Allah utuk dikira dan dihitung. Walaupun,air di lautan dijadikan dakwat pen untuk menulis nikmat2 Allah nescaya tidak cukup dakwat itu. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Soalnya adakah kita sedar terhadap pemberian ini? Adakah kita layak menerima gelaran orang yang bersyukur? Adakah layak untuk kita terus menerima nikmat Allah yang lebih banyak?

Kadangkala kita leka dengan nikmat yang Allah berikan ini. Sedikit kita gunakan untuk kebaikan tatapi selebihnya kita tidak gunakan untuk manfaat bagi Agama tercinta. Jika kita memberi pada orang lain apa yang kita ada, terdetik perasaan seronoknya jika ada orang lain bagi semula benda itu pada kita. Tapi, Allah bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Allah cuma minta kita Taat dan patuh arahan Allah. Jika kita bandingkan, adakah ia setimpal dengan pemberian Allah kepada kita setiap detik? Betapa kasihnya Allah pada hamba-hambaNya. Jika kita kata Allah telah membebankan kita dengan mewajibkan Sembahyang, Puasa, Mengeluarkan zakat, itu tidak benar. Perkara-perkara yang wajib ini juga merupaka nikmat yang Allah nak bagi pada kita.

1. Solat
Solat dapat mencegah kita daripada perbuatan mungkar. Solat dapat mendekatkan kita pada Allah.

2. Puasa
Puasa dapat melatih kita bersifat sabar. Disamping puasa dapat merehatkan perut. Kenapa faktor perut dapat menghalang kita melakukan kebaikan.

3. Zakat
Dengan mengeluarkan zakat, rezeki kita akan terus bertambah.

Subhanallah. Terlalu indah....

Ya Allah, ampunilah kami. Jika Engkau tidak mengampunkan kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang yang rugi..

Ana teringat pesanan Murabbiah tercinta,yang ana panggil beliau dengan panggilan umi. Umi pesan perkara ini pada satu pertemuan. "Umi nak pesan sesuatu pada anak-anak umi, Allah akan uji kita pada kelemahan kita" Kenyataan ini membuatkan ana dan teman2 berfikir sejenak. Akhirnya umi memberi penjelasan. Kata umi, "Cuba kita lihat, kalau kita kata kita tak mampu la nak bersedekah, duit belanja tak cukup. Nanti kalau kita sedekah, lapar la kita tak makan. Selagi ada perasaan yang dengan bersedekah duit kita akan habis,selagi itu Allah akan uji sampai la kita berjaya mengikis perasaan sebegitu..." Subhanallah, satu lagi tanda kasihnya Allah pada kita. Bukan diberi ujian pada kelemahan untuk terus melemahkan kita, tetapi untuk memperbaiki kelemahan diri.

Jika kita memberi alasan masa tak cukup la nak buat kerja-kerja Dakwah dan Tarbiyyah. Allah akan terus menyibukkan kita dengan pelbagai urusan sehinggalah kita lulus ujian ini dengan pandai membahagikan masa untuk Allah, diri dan masyarakat. Jika sebagai pelajar, kita pasti melakukan pelbagai usaha untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, kita perlu juga berusaha untuk lulus ujian keimanan ini. Peperiksaan KEIMANAN layak menjadi tiket untuk kita memasuki Syurga Firdausi jika kita lulus dengan cemerlang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......"(2;286)

Marilah kita tanam dalam diri, kita akan menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberian Allah. Nikmat-nikmat ini akan kita gunakan dalam menyebarkan Islam. InsyaAllah.

AllahuAkbar!!!!

0 comments:

Post a Comment

Photobucket