Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

09 April 2010

BERUBAH???

“anti,ana teringin nak berubah jadi baik”
“Tapi ana malu dan takut orang kata.”

Ya Allah,hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya bila dapat melihat sahabat2ingin berubah jadi baik. Ana yakin ini tandanya manusia inginkan perubahan. Memang benar,Allah lah pemilik hati kita. Allah yang layak memberikan hidayah kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Kita hanya berusaha dan berdoa agar Allah lembutkan hati saudara2 kita.

Manusia fitrahnya memang suka akan kebaikan. Jadi, usah takut dan malu dengan kata2 orang sekeliling. Ana teringat nasihat ustazah ana, kalau hati terdetik nak buat benda baik,janggan tangguhkan,terus buat. Takut2 perasaan itu hanya hadir sebentar,kalau kita tak segera buat,rugilah kita jika perasaan itu hilang.
Takut dan malu pada orang??? Ya,memang benar orang akan kata jika tiba2 berubah jadi baik,tiba2 pakai tudung labuh,tiba2 pakai baju kurung. Hakikat ini kita tak dapat elak. Tetapi,biarlah mereka untuk berkata2. Tak perlu kita takut dan malu pada mereka yang memandang pelik akan perubahan kita. Kita ingin jadi baik kerana kita ingin dapatkan piala taqwa. Biarlah apa pandangan manusia pada kita, tp pastikan pandangn Allah pada kita adalah pandangan yang baik. InsyaAllah,semua akan jadi baik.
“ana takut la anti,kalau ana tak istiqamah macamana?”

Perubahan memang memerlukan banyak pengorbanan. Tetapi,awas! Jangan berubah terlalu mendadak,takut istiqamah itu tidak menjadi milik kita. Allah sngat sayng pada seseorang yang istiqamah walaupun kebaikan yang dilakukan itu hanya sedikit. Biar sedikit,asalkan istiqamah. Bila dah istiqamah,tambah lagi hinggalah setiap pertambahan itu kita jadikan ia istiqamah.
“Dan orang2 yang berjihad utk(mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang2 yang berbuat baik” (29:69)

1 comments:

alFaqirah ilAllah.. said...

ya, akak setuju..
xperlu mengira latar belakang sekolah mana, keluarga mcmna dan sbgainya..klu nk kira jugak, kiralah pandangan Allah pada diri kita..
nak jadi baik? manusia mmg akn diuji bila menghampiri kepada kebenaran.hakikatnya, manusia itu sendiri inginkan kebaikan. usah dikira 'aku' kuat atau lemah, ambil peduli lah pada kata hati yang ingin berubah kerana barang mungkin itu adalah dorongan dan doa dari malaikat (tentera Allah) kpd kita.
usah ditakut pd dunia. ambil iktibar mudah artis2 yg dikenali masyarakat umum yg sudah berubah setelah mendapat hidayah.siapa tidak kenal azmir (ali setan), dato' sarimah dll lagi?mrka ni rmai org knal. mcm kita yg xbrpa dikenali ni, lbh mudah utk mhadapinya. lihatlah dr sudut kasih syang Allah.
insyaAllah..yakinlah pada Allah yang sentiasa bersama kita..
wallahua'lam....

Post a Comment

Photobucket