Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

28 June 2011

Adakah kita merindui Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم?

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

10 June 2011

"Ilaqah qolbiyyah rohiyyah"


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Selepas selesai solat, bacakan 7X Al-Fatihah, niatkan pahala kepada:-
  1. Rasulullah, Para Anbiya' dan Para Malaikat.
  2. Para Sahabat dan Tabi'in.
  3. Semua Para Wali Allah terutama Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Syeikh Abul Hasan Asy-Sazili, Syeikh Ahmad Badawi, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Habib Abdul Qadir as-Saqqaf, Habib Ali bin Ja'afar al-Aidrus dan semua wali yang hidup dan yang sudah meninggal dunia.
  4. Semua Fuqaha terutama Imam Hanafi,Maliki,Syafie dan Ahmad.
  5. Semua Muhaddithin terutama Imam Bukhari,Muslim,Tirmizi,Abu Daud,Ibn Majah dan Nasa'i.
  6. Semua Ulama' Islam khususnya guru-guru yang mengajar ilmu(boleh ingat nama dan muka sepintas lalu).
  7. Kepada mak ayah yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Semoga amalan ini akan melayakkan kita dikasihi oleh semua yang disebut. InsyaAllah maddad dan keberkatan mereka akan mengalir kepada kita.



~SAMPAIKANLAH~


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya

Ya Allah sampaikanlah kami di bumi yang penuh barakah ini.

Terlaluku merinduiMu Ya Allah,

Terlaluku merinduiMu Ya Rasulullah.




09 June 2011

TUNTUTLAH ILMU MELALUI TALAQI


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Rindu sekali untuk bertalaqi. Pesanan murabbi tercinta, "Janganlah antum tinggal talaqi dalam kehidupan antum. Usahakan diri antum untuk berada dalam talaqi. Jika susah untuk antum mencari talaqi di tempat antum semasa cuti ini, usahakan diri untuk hadirkan diri di majlis ilmu." InsyaAllah kita sama-sama usahakan diri kita ya teman-teman seperjuangan.

Untuk teman-teman yang ingin mengetahui pondok-pondok yang terdapat di Malaysia, bolehlah layari link ini.

Jangan juga lepaskan peluang untuk mengikuti Pengajian Kitab Munyatul Musoli karangan Syeikh Abu Daud Abdullah Al-Fathani oleh Ustaz Abdul Halim Bin Saad Al-Fathoni di TV1 Rancangan Turath Ulama pada hari selasa dan rabu jam 6.30-7.00pm.



04 June 2011

Kitab PKDPU

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.


InsyaAllah, kepada saudara/saudari yang ingin memiliki Kitab PKDPU ini, boleh dapatkan di :

  • Galeri Buku Syabab,2-03, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi ~En Yusoff: 0132046464~
  • Pustaka Darul Nu'man, Tingkat 2,Wisma Yakin, Kuala Lumpur ~0326988495/0326912645~
InsyaAllah,anda pasti tidak akan menyesal memiliki kitab ini. Untuk melihat komen-komen bagi yang sudah memiliki kitab ini, sila klik "sini".


03 June 2011

~Ahlan Ya Rejab~


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Alhamdulillah, Rejab sudah datang kembali. Alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk bertemu dgn bulan Rejab ini. Semoga bertambah amal kita semua sebagai hamba dan khalifah. Allahumma amin.
~Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan~

Jom mulakan Bulan Rejab dengan beberapa "amalan" daripada syeikhuna Ustaz Muhadir bin Hj Joll agar kita memperolehi keberkatan.

Dan ini adalah "amalan" sepanjang bulan Rejab.

01 June 2011

~Ya Badratim~




Photobucket