Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

12 August 2010

BERSYUKURLAH..


ALLAHUAKBAR....
Malunya dengan Allah.
Rasa malu sangat..

Adakah kita menjadi orang yang bersyukur?
Adakah kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita?

Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita,
tapi bagaimana kita menerima nikmat2 tersebut?
Dengan perasaan sombong? Bangga diri? Melakukan maksiat?

MasyaAllah,malulah kita pada Allah...
Yang terus memberi pada kita walaupun kita tidak menunjukkan rasa syukur pada Allah. Itulah sifat AR-RAHMAN & AR-RAHIM.

Kalau manusia memberi sesuatu,akan ada perasaan dalam diri untuk mengharapkan orang membalasnya bukan?
Tetapi Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang,tidak meminta hamba-hambaNYA untuk membalas kembali nikmat yang Allah berikan. Kerana apa? Kerana terlalu banyak nikmat Allah berikan. Jika kita menghitungnya. Diibaratkan,kalau kita ambil air laut untuk menjadi dakwat bagi menulis nikmat yang Allah bagi,nescaya tidak cukup..

Malah ada bonus yang Allah berikan kepada orang yang BERSYUKUR...

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat Allah, maka pasti azabKu sangat berat."
[Ibrahim,7]

SUBHANALLAH
Besarnya nikmat Allah pada kita..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Ya Allah,Jadikanlah hati2 kami hati yang sentiasa bersyukur kepadaMU Ya Allah...
Allahumma amin
Ya Allah,Jadikanlah hati2 kami hati yang sentiasa bersyukur kepadaMU Ya Allah...
Allahumma amin
Ya Allah,Jadikanlah hati2 kami hati yang sentiasa bersyukur kepadaMU Ya Allah...
Allahumma amin

10 August 2010

RAMADHAN 1431



Ramadhan I wait for you,
Ramadhan I come to you,
Ramadhan I love you,
Ramadhan I miss you.

Ramadhan wait for me,
Ramadhan come to me,
Ramadhan look at me,
Ramadhan be closed to me.

Ramadhan please forgive me,
Ramadhan dont forget me,
Ramadhan please bless me,
Ramadhan dont leave me.

Ramadhan where are you,
Ramadhan I cant see you,
Ramadhan where have you been,
Ramadhan can I meet you again.


Salam Ramadhan buat semua. Jom kita tingkatkan amal kita. Rebutlah peluang untuk menambah amal kebaikan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan lepas. InsyaAllah.

09 August 2010

SABAR DAN SYUKUR




PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK...=)


BERSANGKA BAIK PADA ALLAH, NESCAYA HATI AKAN TENANG...=)

07 August 2010

SEINDAH MAWAR BERDURI


Alhamdulillah, akhirnya ana dapat luangkan masa bersama kakak2 tercinta, kak min dan kak sufi di uia gombak. Dapat merasa sebentar menjadi pelajar maincampus.=) Semoga kami yang belajar di cfs akan selamat meneruskan perjuangan di maincampus. InsyaAllah. Doakan kami ya.

Post kali ini,ingin sekali ana coretkan pesanan buat mawar-mawar agama.

Bila disebut perkataan mawar,pasti kita akan terfikir kecantikan dan wangian mawar itu. Ingin sekali ana ibaratkan insan yang bergelar perempuan sebagai mawar. Sungguh indahkan perempuan itu. Disebabkan perkara inilah perempuan itu perlu memelihara diri kerana penuh dengan fitnah.



Bunga mawar selalu diberi oleh pak we kepada mak we nya bukan. Sebagai tanda apa? Sebagai tanda penghargaan bahawa si dia cantik seperti mawar. Sudah pasti perempuan akan rasa teruja. Buat teman2 yang temannya diberi bunga,pasti akan terdetik perasaan jealous kerana kita tidak punya insan yang dapat memberi bunga kepada kita. Tetapi awas! Kalau itu yang diberikan oleh insan yang bergelar pak we sebagai tanda ikatan percintaan yang terjalin,maksudnya anda sudah tertipu. Cuba kita lihat sekuntum bunga akan cepat layu bukan? Jadi,kisah percintaan yang terjalin itu akan menjadi seperti sekuntum mawar yang akan layu itu bukan?

Hakikat yang sebenarnya, diri perempuan itulah mawar yang sangat indah. Tetapi bergantung bagaimana perempuan itu mencorakkan dirinya.

Kalau kita hanya memiliki paras rupa yang cantik,itu tidak mencukupi wahai mawar-mawar agama. Kita perlu memiliki pertahanan diri bak duri yang ada pada bunga mawar. Hiasilah diri kita dengan akhlak yang terpuji.

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri,
Jangan biarkan dirimu menjadi bunga yang hanya indah
tetapi sayang tidak berduri
Duri mawar itu ditasybihkan dengan
perbatasan aurat,akhlak dan al-haya'



Kepada si MAWAR yang disayangi,
Ku doakan dirimu MEKAR di taman,
Diakari rasa berTUHAN,
Dihiasi haruman AKHLAK dan IMAN,
Kerana itulah UKURAN,
JELITAnya seorang PERAWAN.

05 August 2010

TANDA-TANDA JATUH CINTA



Menurut hadis,orang yang sedang jatuh cinta lebih cenderung untuk selalu mengingati dan menyebut orang yang dicintainya.

Sabda Rasulullah, "Barang siapa yang mencintai sesuatu akan kerap menyebut tentang yang dicintainya."

Sabda Rasulullah, "Barang siapa yang mencintai sesuatu akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya."

1. Lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibandingkan dengan yang lain.

Peringkat pertama apabila anda menyukai sesuatu anda akan sering mengingatinya. Ingatan itu akan menyebabkan lisan sering berbicara hal-hal mengenainya. Kesukaan itu akan mendorong anda untuk menyimpan segala maklumat yag berkaitan dengan yang dicintai. Ia adalah dorongan semula jadi yang sememangnya tidak perlu dipaksa lagi.

2. Lebih suka berkumpul dan bersama dengan yang dicintai dibandingkan dengan yang lain.

Peringkat kedua apabila anda senang atau suka pada sesuatu, anda pasti akan senang duduk bersamanya. Sekalipun tanpa bicara atau kata-kata, perasaan suka dan senang itu tetap mengalir apabila mata anda memandangnya. Jarak itu memainkan peranan untuk mengalirkan perasaan bahagia dan tenteram. Kerana dekat itu menjadikan anda merasai kewujudan yang dikasihi.

3. Lebih suka mengikut kemahuan yang dicintai dibandingkan kemahuan orang lain atau diri sendiri.

Peringkat ketiga apabila anda mencintai sesuatu anda akan melalukan apa yang disukai oleh kekasih. Meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Anda langsung tidak mahu melukakannya sekalipun dia tidak di sisi anda. Jujur dan ikhlas dalam mencinti sekalipun tanpa kekasih melihat apa yang anda lakukan. Ini adalah peringkat yang tertinggi dan disebut juga sebagai ehsan. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah, denggan membaca firmanNya, lebih suka bercengkerama dengan Allah dalam iktikaf dan lebih suka mengikuti perintah Allah daripada perintah yang lain.

Bagaimana dengan diri kita? Nama siapakah yang kita kerap sebut setiap hari? Dengan siapakah kita lebih senang duduk bersama? Keinginan dan larangan siapakah yang selalu kita lakukan? Daripada persoalan ini lita akan mengetahui siapakah sebenarnya yang anda cintai.

Allahkah yang dicintai?
Manusiakah yang dicintai?
Atau nafsu serakah yang dicintai?

29 July 2010

PERMATA HATI..





Islam meletakkan amanah yang besar untuk mendidik anak-anak. Anak-anak yang diibartakan sebagai harta perlu dijaga sebaik mungkin. Jika dijaga dan dipelihara dengan baik, harta itu akan menjadi ”hiasan hidup” yang berharga, jika salah didikan akan pula menjadi ”musuh orang tuanya” (QS 64:14) dan “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia… (Al-Kahfi: 46).

Islam memandang dunia kanak-kanak penuh dengan keindahan dan mempesonakan. Agar keindahan dan keterpesonaan itu tidak menyebabkan kanak-kanak leka dan membesar dalam suasana tanpa memahami adab, Islam mengamanahkan ibu bapa agar memberikan perhatian, panduan dan bimbingan. Jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak diselubungi keterpesonaan melampau, kanak-kanak membesar dalam suasana yang timpang dan berbahaya. Kanak-kanak akan mengambil tindakan berdasarkan rasa dan gerak naluri semata-mata. Akan menyebabkan terjerumus ke lembah bahaya dan penuh kepura-puraan.



Rasulullah s.a.w menganjurkan agar kita menghormati anak-anak dengan memberi didikan dengan sebaik mungkin. Allah s.w.t menberi rahmat kepada seseorang yang menbantu anaknya sehingga anak itu dapat berbakti kepadanya. Ada seorang sahabat bertanya; ”Bagaimana cara menbantunya? Jawab Baginda, ”Menerima segala usahanya walaupun kecil,memaafkan kesilapannya, tidak membebaninya dengan beban yang berat, dan tidak pula memaki sehingga melukai hatinya.”
Kita sering mendengar ibu bapa mengeluh tentang anak-anak yang nakal, degil dan tidak “mendengar kata. Sehingga keluar kata-kata seperti “memang dasar anak degil”, “anak syaitan” atau lain-lain perkataan yang tidak baik daripada mulut ibu bapa sendiri. Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa kedegilan anak-anak itu adalah berpunca daripada salah asuhan mereka sendiri.

Prof Dr. Hamka menjelaskan cara terbaik mendidik anak ialah: ”Hendaklah perjalanan hidupmu dengan anak-anakmu lurus dan pertengahan.Hendaklah kamu menjadi kaca yang jernih dan bercahaya untuk ditilik oleh anak-anakmu,Jauhkan dirimu daripada perbuatan tercela.”

Anak-anak mudah meniru. Orang tuanya merupakan idolanya. Apabila melihat kebiasaan baik daripada kedua-dua orang tuanya, kanak-kanak dengan cepat mahu mencontohinya. Dunia anak adalah dunia permainan. Dengan bermain dan berhubung dengan mereka secara tidak langsung kita juga mendidiknya. Justeru itu Rasulullah s.a.w menekankan pentingnya bermain bersama anak. Sabda baginda yang bermaksud: ”Siapa yang mengembirakan hati anaknya, maka ia bagaikan memerdekakan hambanya. Siapa yang bergurau untuk menyenangkan hatinya, maka ia bagaikan menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.”


“…Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati.” (Al-Furqan: 74)

28 July 2010

Kita sudah kembali ke zaman jahiliyah?




Kita sudah kembali ke zaman jahiliyah?

Adakah kita terfikir perkara ini?
Bukankah kita sekarang berapa dalam era moden yang canggih?
Sebenarnya kita sudah berada dalam era yang lebih teruk dari zaman jahiliyah.

Ingin sekali ana bawakan diri kita agar melihat beberapa perbezaan yang menjadi kita sekarang lebih teruk dari zaman jahiliyah;

Zaman Jahiliyah VS Zaman Sekarang


1.Memudaratkan diri dengan meminum arak VS Memudaratkan diri dengan arak,dadah,gam,merokok dan banyak lagi

2.Merogol wanita yang tiada kaitan dengan dirinya VS Merogol wanita yang mempunyai kaitan dengan dirinya; Ayah merogol anak, abang merogol adik, datuk merogol cucu

3.Membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan VS Membunuh anak lelaki dan perempuan

4.Menanam anaknya hidup2 di dalam tanah VS Tidak lagi menanam anaknya di dalam tanah malah membuang anak ibarat sampah dan najis

5.Menjadikan orang miskin sebagai hamba abdi VS Menjadikan ibubapa sebagai orang gaji

MasyaAllah, adakah kita perasan tentang keadaan yang melanda pada zaman ini. Adakah ini yang dinamakan era globalisasi? Marilah kita bermuhasabah kembali bagaimana kita menggunakan kecanggihan pada era moden ini?

Sungguh benar janji Allah dalam Al Quran;

“ Baginya manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya begiliran,dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”
(Surah Ar-Ra’d:13;11)


Ingin kita melihat Rasulullah sedih? Sudah pasti kita tidak sanggup melihat kekasih Allah ini bersedih bukan. Sedangkan Rasulullah amat mengasihi kita sebagai umat Baginda. Ingatkan pada diri kita bahawa kita adalah umat Rasulullah. Umat yang akan mendapat syafaat Baginda.

Marilah kita membentuk peribadi mukmin dalam diri kita agar kita dapat mendidik keluarga kita dan seterusnya mendidik masyarakat kita. InsyaAllah. Mari kita mulakan dari diri kita dahulu.

SELAMAT BERMUJAHADAH……


Photobucket