Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

09 June 2011

TUNTUTLAH ILMU MELALUI TALAQI


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Rindu sekali untuk bertalaqi. Pesanan murabbi tercinta, "Janganlah antum tinggal talaqi dalam kehidupan antum. Usahakan diri antum untuk berada dalam talaqi. Jika susah untuk antum mencari talaqi di tempat antum semasa cuti ini, usahakan diri untuk hadirkan diri di majlis ilmu." InsyaAllah kita sama-sama usahakan diri kita ya teman-teman seperjuangan.

Untuk teman-teman yang ingin mengetahui pondok-pondok yang terdapat di Malaysia, bolehlah layari link ini.

Jangan juga lepaskan peluang untuk mengikuti Pengajian Kitab Munyatul Musoli karangan Syeikh Abu Daud Abdullah Al-Fathani oleh Ustaz Abdul Halim Bin Saad Al-Fathoni di TV1 Rancangan Turath Ulama pada hari selasa dan rabu jam 6.30-7.00pm.



04 June 2011

Kitab PKDPU

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.


InsyaAllah, kepada saudara/saudari yang ingin memiliki Kitab PKDPU ini, boleh dapatkan di :

  • Galeri Buku Syabab,2-03, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi ~En Yusoff: 0132046464~
  • Pustaka Darul Nu'man, Tingkat 2,Wisma Yakin, Kuala Lumpur ~0326988495/0326912645~
InsyaAllah,anda pasti tidak akan menyesal memiliki kitab ini. Untuk melihat komen-komen bagi yang sudah memiliki kitab ini, sila klik "sini".


03 June 2011

~Ahlan Ya Rejab~


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Alhamdulillah, Rejab sudah datang kembali. Alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk bertemu dgn bulan Rejab ini. Semoga bertambah amal kita semua sebagai hamba dan khalifah. Allahumma amin.
~Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan~

Jom mulakan Bulan Rejab dengan beberapa "amalan" daripada syeikhuna Ustaz Muhadir bin Hj Joll agar kita memperolehi keberkatan.

Dan ini adalah "amalan" sepanjang bulan Rejab.

01 June 2011

~Ya Badratim~




07 May 2011

IBU RATU HATIKU...



Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Marilah kita memejam mata sebentar dan gambarkan wajah ibu yang melahirkan kita.... Seorang yang menyusukan kita, menjaga dan mendidik kita sehinggalah siapa diri kita sekarang. Namun,adakah kita sudah menjadi anak yang soleh dan solehah?? Ya Allah, moga masih ada masa untuk kita berbakti kepada ibu yang masih hidup...

REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA KEDUA IBUBAPA.....


SELAMAT HARI IBU kepada mak yang amat kami sayangi,

Mak,


Terima kasih kerana membesarkan kami anak-anak mak.

Terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami dewasa.

Terima kasih kerana sentiasa memberi kasih sayang yang terlalu bermakna.

Mak,

Kami memohon maaf jika kami ada mengguris hati mak.

Kami memohon maaf jika kami ada membuat mak menangis.

Kami memohon maaf jika tindakan dan kata-kata kami kasar.


Mak,

Maafkanlah kami kerana redha Allah terletak pada redha seorang ibu.

Doakanlah kesejahteraan kami di dunia dan di akhirat.

Halalkan segala pemberian mak kepada kami.


Mak,

Kami semua amat menyanyangi mak.

MAK adalah ibu yang terbaik yang kami miliki.....

SAYANG MAK.......


Anak-anak mak,

Huzaida, Huzairi, Harmizan, Husna, Hidayah



02 May 2011

Semakin Bersedekah,Semakin Kaya


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Betapa beratnya tangan untuk memberi bilamana akal memikirkan,"Ini duit saya..." "Nanti habis la duit kalau beri pada orang lain..." Sesungguhnya Allah menjanjikan, jika kita memberi, Allah akan tambah lagi melebihi apa yang kita beri. Namun,kenapa tangan ini masih berat untuk menjadi pemberi? Sampai bila ingin menjadi penerima? Kenapa msih ragu dengan janji Allah???

Jika kita menyatakan bahawa rezeki itu milik kita seorang,kita sudah salah menggunakan nikmat Allah. Kerana di sebalik rezeki kita dapat,pasti ada milik orang lain yg Allah turunkan. Kita menjadi pengantara. Jadi marilah kita berkongsi rezeki Allah ini. Jika kita menyatakan harta kita akan habis, sudah pasti tidak akan habis, malah bertambah. Jika ia tidak banyak bertambah di dunia, pasti ia bertambah di akhirat kelak.

Ali bin Abu Talib berkata, "Pancinglah rezeki dengan bersedekah."

Nabi Muhammad berkata, "Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah," "Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah" dan "Banyakkan sedekah kerana ia dapat memanjangkan umur."

Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad berkata, "Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu. Mereeka bertanya kepada Allah, 'Wahai Allah,adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada gunung?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi'. Para malaikat bertanya lagi, 'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu air'. Para malaikat terus bertanya, 'Wahai Allah,adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada air?' Allah pun menjawab, 'Ada, iaitu angin'. Akhirnya para malaikat bertanya, 'Wahai Allah,adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu amalan anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui."

Subhanallah, ajaibnya sedekah. Semoga ia menjadi amalan kita semua. Allahhumma amin....


14 April 2011

HADIS 11


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabi S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.

Mari kita banyakkan berselawat ke atas NABI SAW pada hari yang mulia ini. Rasulullah amat menyayangi kita sebagai umat Baginda, tapi bagaimana kita membalas kecintaan Rasulullah pada kita. Langkah mudah kita dapat bertemu dan mendapat syafaat Baginda ialah dengan memperbanyakkan selawat.

Syeikhuna ana, Al-Fadhil Ust Muhadir seringkali berpesan agar banyakkan berselawat ke atas Baginda dan melazimi lidah kita membaca hadis Nabi Muhammad S.A.W. Jangan di biarkan lidah kita tidak membaca hadis melebihi 3 hari.

Alhamdulillah,pengajian bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir pada 14 April 2011 dimulakan dengan membaca hadith 11.


TERJEMAHANNYA:
"Dari Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Talib cucu Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu 'anhuma. katanya: Aku telah menghafaz dari Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam (sabdanya iaitu): Tingkalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau. Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa'i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahih.

Hadis ini sangat ringkas,tetapi maksudnya sangat mendalam. Barang yang meragukan ini ialah barang-barang syubhah. Ianya sangat hampir pada haram. Orang yang dapat menjaga perkara ini adalah sangat baik. Jika ingain tahu adalah ianya syubhah, letakkan tangan di dada,jika kuat nadi bermakna hindarilah ia. Namun, kita hanyalah insan biasa yang memiliki banyak kekurangan, sudah tentu ia tidak berkesan pada kita.=)

Ada kisah dimana seorang anak murid menjemput gurunya untuk makan dirumahnya. Murid ini ingin sekali menjamu gurunya makan kambing. Jadi pada hari dia menjemput gurunya makan, dia menghidangkan kambing sebagai masakan yang istimewa. Namun,apabila gurunya ingin mengambil kambing itu,tangan gurunya akan menghala pada makanan yang lain. Terdetik sesuatu pada hati gurunya bahawa pasti ada sesuatu pada kambing ini. Murid tadi hairan dan berasa kecil hati kerana gurunya tidak mengambil kambing itu. Lalu ditanya kepada gurunya. Jadi gurunya menjawab bahawa terdapat syubhah pada kambing itu. Terus murid itu kemudian menemukan penjual kambing itu untuk mendapatkan kepastian. Penjual itu pun menceritakan bahawa sebenarnya kambing itu mati sebelum di sembelih. Disebabkan itu adalah kambing kesayangan dia, dia menyembelih juga kambing itu untuk dijual. Ketahuilah bahawa setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging diri kita.

Manusia seringkali dikaitkan dengan sifat was-was pada diri. Sifat was-was ini merupakan hasutan syaitan yang sudah berjanji pada Allah akan menghasut manusia sehingga hari kiamat. Tapi sudah tentu ada langkah yang dapat kita ambil bagi menghilangkan sifat was-was ini.
Bagimana Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki menjawab apabila ditanya bagaima ingin membuang was-was ini. Jawapannya "jangan was-was". MasyaAllah sungguh ringkas tapi mempunyai makna yang mendalam. Ya,betul. Jangan was-was. Kalau kita melayan perasan was-was ini, syaitan itu akan semakin memasuki. Maka hindari pintu-pintu hasutan syaitan. Perasaan ini bermula dalam diri sendiri dan perlu ditangkis oleh pemilik diri itu sendiri.

Photobucket