Pages


Banyakkan Berselawat....

Banyakkan Berselawat....

18 December 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ibnu Masu'd berkata:
"Perkara yang paling menyedihkan bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah lagi tapi amalanku tidak bertambah.."

Wahai diri dan teman seperjuangan yang dirahmati Allah. Jom kita muhasabah diri kita sepanjang masa yang berlalu dan mempertingkatkan kualiti diri pada masa yang mendatang. Usah disia-siakan walau sesaat kerana tanggungjawab kita melebihi masa yang ada.

Salam Maal Hijrah 1431H ^_^

17 December 2009

Istikharahku Membisikkan Sesuatu...

Persoalan lazim remaja: "Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?"

"Lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?"
"Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi lepas buat istikharah. Macam mana tu? Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?"

Apa Itu Istikharah?
Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat dahulu dan diikuti dengan doa. Solat ini bukan hanya dilakukan dalam urusan mencari jodoh semata-mata bahkan dalam urusan yang memerlukan membuat pilihan.
Contohnya, nak balik kampung atau ikut program kebajikan, nak beli rumah atau kereta, nak ambil kursus bioteknologi atau biomedik, dan sebagainya. Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan musyawarah(berbincang).
Galakan Istikharah
Ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah:"Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan sebagaimana Baginda mengajar kami satu surah daripada Al-Quran, sabdanya:'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini..."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan reda dengan apa yang ditentukan kepadanya. Manakala keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah dan membenci apa yang ditentukan kepadanya."
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi
Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Malah boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itu pun suatu petunjuk.
Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menyenangkan hatinya setelah istikharah,ianya hanyalah satu bonus daripada Allah s.w.t. buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi!
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita!
Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan.
Sebaiknya jangan sandarkan keputusan kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan sunah.

Menunggu, Istikharah dan Usaha?
Ya,wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?
Berusaha menyediakan diri sebagai produk "solehah" yang diidam-idamkan. Produk "solehah" yang bermutu tinggi akan mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,serahkanlah "kesediaan hati" untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
Berusaha mengawal diri supaya jangan mudah menyerah dan mudah melayan, kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak. Wanita yang senang dimiliki, senang pula untuk dipersia-siakan.
Jika anda terpikat pada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana tindakan itu boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan "malu" anda di matanya.
Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya, serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa. Ingatlah bahawa dengan menggunakan orang tengah dapat menjauhi fitnah dan itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara sebaliknya.....

(dipetik dari Majalah Solusi 14)

09 December 2009

SEGALANYA MILIKMU

Kau yang menciptakan cinta
dan kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

kau yang mengutuskan duka
dan engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan berbagai
keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan kau tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu

dicelah hangat nafas yang terhelah
ada dingin saat menyeru namaMU
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapanMu

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu di segenap ruang rasaku
telah kau titipkan kekuatan, Ya Allah...

25 November 2009

BULAN AMAL PERKIM

Bulan Amal Perkim kembali lagi???

Program ini bermula pada 1 November 2009 hingga 24 november 2009.

Bermula dengan Qurban For Life pada 1 November 2009,program ini bertujuan untuk mengutip sumbangan daripada para pelajar,pensyarah dan kakitangan PAUIAM-PJ. Hasil kutipan berjumlah >RM4000.00. Hasil kutipan ini diberikan kepada Muslim Aids. Kutipan ini bertujuan untuk membantu saudara2 kita yang memerlukan bantuan sempena Hari Raya Haji yang akan menjelang tak lama lagi.
Program seterusnya ialah Hari Keluarga Kelab PERKIM pada 8 November 2009 dan Sambutan Hari Lahir PERKIM pada 19 November 2009.
Seterusnya ialah program Ziarah Hospital pada 15 November 2009. Ziarah dibuat di dua buah hospital iaitu Hospital Serdang dan Hospital Kajang.
Pada 21 November 2009, Kelab PERKIM menjalankan Kursus Sembelihan. Program ini perlu untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan asas-asas agama dalam diri setiap pelajar cfsiium.
Bulan Amal PERKIM diteruskan denggan Program di Rumah Titian Kasih pada 22 November 2009. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab dengan keadaan masyarakat yang memerlukan tarbiyyah dari kita.
Program terakhir sempena Bulan Amal PERKIM ialah Ceramah Eidul Adha pada 24 November 2009. Tajuk ceramah yag disampaikan ialah Konsep Pengorbanan Hakiki. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Zamri dari rancangan Mari Mengaji TV9. Bulan Amal PERKIM diakhiri dengan Majlis Penutupan oleh Tuan Haji Mohd Hanif,pengarah Dakwah PERKIM Kebangsaan.

Syukran Jazilan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bulan Amal PERKIM. Semoga kerja dakwah terus diperkasa.(",)

22 November 2009

UHIBBUKI FILLAH ^_^

"Jalan menuju Tuhan memang sukar. Adakalanya kuat dan adakalanya lemah melangkah. Mujur DIA temukan dengan teman2 ku yang sepertimu, agar larian ini tak akan lelah diiringi ukhuwah Fillah..."

Jika kita berukhuwah kerana Allah,pasti semuanya indah.
Jika sepasang kekasih
sering memadu rindu atas rangkaian nafsu
Kita pula berkasih atas landasan ukhuwahfillah
Bebas dari dorongan nafsu semata
Dinaungi kasih Pencipta
"Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah."
(Hadis riwayat al-Bukhari,Muslim,Malik,al-Tarmizi dan al-Nasa'i)
Jika sepasang kekasih
Memejam mata pada aib pasangannya
Kerana saling menjaga hati
Kita pula sentiasa menjaga akhlak dan pekerti
Dan saling nasihat-menasihati
Agar peribadi makin berkualiti
Duhai teman sejatiku....
Aku inginkan persahabatan indah ini bisa menjadi syafaat
Di Mahkamah Mahsyar nanti
Ketika semua umat manusia gusar mencari perlindungan
Allah menyeru tujuh golongan
Antaranya dua pemuda yang berkasih sayang kerana Allah
Begitu sabda junjungan....
Pujangga berkata:
"Cara terbaik mendapat sahabat ialah dengan menjadi sahabat."
Syukran jazilan buat semua sahabatku. Sayang semua kerana Allah.(",)

12 November 2009

Kampung Pantos


....KAMPUNG PANTOS,KUALA LIPIS, PAHANG....

Alhamdulillah, pada 7hb & 8hb Nov lepas,ana dan dua orang sahabat ana berpeluang menjejakkan kaki di kampung Pantos, salah satu perkampungan orang asli di Kuala Lipis,Pahang. Akhirnya terubat rindu ana pada Kampung Rantau, Cameron Highlands yang ana lawati pada cuti semester II lepas bersama keluarga PERKIM.

Perjalanan ke kg Pantos disambut dengan ketenangan air sungai..
Ketenangan kg Pantos
penduduk kg melihat kedatangan kami

Melihat ketenangan yang dimiliki oleh kampung ini, membuatkan setiap orang terasa tenang. Jauh dari kesibukan di ibu kota. Mungkin mereka tidak pernah hidup di ibu kota yang berteknologi tinggi,tp kedamaian yang dimiliki oleh mereka membuatkan mereka terhibur. Sukarelawan2 yg sentiasa melawat mereka membuatkan mereka tertunggu kedatangan yg seterusnya dan sekali gus membuang sifat mereka yang amat pemalu. Mula2 ana mengenali adik2 di ASDAF, asrama anak2 orang asli di Changkat Persekutuan membuatkan ana terfikir bagaimana ana ingin rapat dengan mereka kerana mereka sangat pemalu. Alhamdulillah, akhirnya ana dapat membuang sifat malu mereka bila ana bertandang ke asrama mereka. Bila bersama mereka membuatkan ana seperti seorang kakak yang memiliki adik2 yg ramai..=)

Anak2 yg pintar
Anak2 ini sangat pintar sebenarnya, jadi siapa lagi kalau bukan kita yang membantu mereka??? Ana teringat kata2 naqibah ana dalam usrah kami.."mcmn kita nak jawab di akhirat kelak jika mereka berkata kepada Allah.. Ya Allah, kami tak tahu banyak perkara tentang agamamu kerana tidak ada siapa yg beritahu kepada kami".... Jd, tugas siapa untuk berdakwah kepada mereka???

p/s: kepada adik2 ASDAF, tenek hok menang-menang(kakak sayang adik2) =)


04 November 2009

PRESSS

Buat sahabat2 perjuangan Pre-Science Students Society(PRESSS),

Ya Allah,kurniakanlah sahabat2 dari lorong2 yg membenarkanMu,
sahabat2 dari pintu ilmu,
kiranya semua itu tidak layak untukku,
aku bersyukur dipertemukan yg satu ini,
mungkin padanya ada segala yang tak pernah aku selami,
mungkin padanya apa yang aku impikan selama ini,
tapi jika aku seorang sahabat yang tak menghargai,
ampunilah dosaku dan kurniakan kegembiraan pada sahabat2ku ini..

Ana amat merindui sahabat2 sekalian.. mg antum terus berjaya. TERUSKAN PERJUANGAN!!!!
Photobucket