ا لسلا م عليكم و ر حمة الله و بر كا ته
Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya,penghulu kita Nabiصلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.
Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk terus mengubah diri, memperbanyakkan amal. Akhawat2 yang amat ana sayangi, marilah kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur kerana barangsiapa yang bersyukur, pasti Allah akan tambahkan lagi nikmat itu. Maka, beruntunglah sekiranya kita berada dalam golongan ini. InsyaAllah
Akhawat2 yang tabah, bersabarlah menghadapi mehnah yang datang di sekeliling kita. Ana tahu setiap detik kita berada di medan amal ini, pasti diuji dengan pelbagai perkara samada masalah diri, masalah sekeliling, masalah organisasi dan pelbagai lagi yang timbul. Akhawat2, marilah kita ingat kembali saat awal kita bernekad untuk memilih jalan ini, walaupun peringkat awalnya kita termasuk, terpaksa tapi ana yakin dari jauh sudut hati kita kita sudah bernekad untuk menyambung rantai2 perjuangan Rasulullah yakni menyebarkan dakwah. Tetapi sekarang kita merasai bertapa susahnya jalan yang dilalui ini, betul ibarat yang diberikan yakni berada di medan dakwah sama seperti kita merempuh jalan2 yang penuh duri yang kadangkala mencederakan kita, tetapi kita terus melangkah demi melangkah walaupun terdetik perasaan ingin berhenti, ingin berpatah kembali.. Marilah kita renung kembali kenapa walaupun dalam keadaan terpaksa kita terus melangkah walaupun ada hasutan2 untuk kita berhenti dan berpatah kembali.... Ana pasti jawapannya ialah janji Allah pada pendakwah yang membuatkan kita terus melangkah.
Akhawat2 yang hebat, kadangkala perasaan rendah diri sentiasa muncul saat kita mara ke hadapan. Perasaan tidak yakin semakin hari semakin menghasut kita sehinggalah kita merasakan kita tidak layak berada di medan ini. Ah, kenapa ia datang menghasut kita sedangkan kita sudah bernekad. Akhawat2, abaikan perasaan ini kerana ana tahu setiap daripada diri entunna ada kelebihan masing2, usah menjadi orang lain, tetapi jadilah diri kita sendiri. Manfaatkan kelebihan yang kita ada. Walaupun ia kecil di mata manusia namun percayalah ia sangat besar pada pandangan Allah. Jadikanlah diri kita ibarat kain buruk. Kain buruk menjadi lusuh kerana sering digunakan dan bermanfaat. Yakni disaat kita bertemu Allah kita sudah melaksanakan segala kemampuan kita untuk menyebarkan dakwah sehingga kita tidak ada daya lagi. Akhawat2 adalah insan2 yang hebat, yang dipilih Allah untuk menyebarkan dakwah.
Akhawat2, marilah kita terus melangkah dengan berpegang tangan agar kita dapat sampai ke destinasi yang menjadi impian bersama2.